Amerika SyarikatAntarabangsaIsu Semasa

Banduan Muslim Diberi Daging Khinzir Sebagai ‘Juadah’ Berbuka Puasa

Sejak kebelakangan ini, terdapat pelbagai isu yang menyaksikan diskriminasi pihak berkuasa negara luar terhadap masyarakat Muslim.

Salah sebuah kes berlaku di wilayah Xinjiang di China, di mana seorang penganut agama Islam warga Kazakhstan, Omir Bekali mendedahkan bahawa dia telah diseksa serta dipaksa memakan daging khinzir dan meminum alkohol ketika berada dalam ‘kem pendidikan semula’.

Difahamkan, pihak berkuasa China telah menahan kira-kira 900,000 hingga satu juta Muslim dan menempatkan mereka di kem berkenaan, kononnya untuk “mengekang gerakan pemisah.”

Selain daripada menghapuskan kepercayaan tahanan terhadap Islam, ia juga bertujuan untuk mengubah pemikiran politik dan membentuk semula identiti tahanan.

BANDUAN DI PENJARA ALASKA DIBERI DAGING KHINZIR SEBAGAI ‘JUADAH’ BERBUKA PUASA

Namun baru-baru ini juga, terdapat juga insiden Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan banduan-banduan Muslim yang sedang menjalani hukuman penjara menerima layanan teruk daripada pegawai-pegawai penjara.

Memetik laporan AFP, sebuah penjara di Alaska bernama Anchorage Correctional Complex dikatakan memberi daging khinzir kepada banduan dan turut membiarkan mereka dalam keadaan lapar dengan sengaja ketika waktu berbuka puasa di bulan Ramadan.

Oleh itu, Majlis Perhubungan Amerika-Islam (CAIR) telah memfailkan saman ke atas pihak berkuasa pada hari Selasa.

Waktu berpuasa di Alaska adalah 18 jam dan selepas menahan lapar dan dahaga sepanjang hari, CAIR mendakwa bahawa tahanan Muslim di penjara itu hanya diberi beberapa paket makanan bersaiz kecil berisi hanya 500 – 1000 kalori, lebih sedikit berbanding banduan-banduan lain.

Walhal berdasarkan garis panduan kesihatan persekutuan AS, mereka sepatutnya mendapat makanan yang mengandungi 2,600 – 2,800 kalori sehari.

Lebih mengeruhkan keadaan, Lena Masri, penguasa litigasi nasional CAIR berkata, paket makanan tersebut adakalanya turut mengandungi daging khinzir.

“Pegawai di Anchorage Correctional Complex memberi tahanan Muslim kurang daripada separuh kalori yang mereka perlukan, (dan) pada hari tertentu hanya 500 kalori diberikan…ini sama seperti diet berlapar,” katanya.

Beliau turut berharap agar mahkamah akan memastikan banduan Muslim diberi makanan yang berkhasiat, bebas daripada produk khinzir, dan tidak dipaksa untuk melanggar pegangan agama mereka pada bulan Ramadan yang suci ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker