Isu SemasaTempatan

Malaysia Naik Dua Anak Tangga Dalam Senarai Daya Saing Dunia

Malaysia telah naik dua anak tangga dan kini berada pada kedudukan ke-22 dalam Ranking Daya Saing Dunia IMD yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) Pusat​​​​​​​ Daya​​​​​​​ Saing Dunia.

“Malaysia adalah satu-satunya ekonomi (di Asia Tenggara) yang menampakkan peningkatan sebanyak dua anak tangga, yang didorong oleh pemulihan prestasi ekonomik, terutamanya di dalam perdagangan antarabangsa,” kata kumpulan penyelidikan yang berpangkalan di Switzerland.

Lima negara teratas yang paling kompetitif di dunia tetap berada pada kedudukan yang sama seperti tahun 2017, tetapi susunan mereka telah berubah.

Amerika Syarikat kembali ke tempat nombor satu dari tempat keempat pada tahun sebelumnya, yang terutamanya didorong  oleh kekuatan dalam prestasi dan infrastruktur ekonomi. Ia diikuti oleh Hong Kong, Singapura, Belanda dan Switzerland.

Singapura yang masih berada pada tempat ketiga, secara global mengekalkan kedudukannya di kalangan ekonomi di Asia Tenggara yang didorong oleh kekuatan kecekapan ekonomi.

Walaupun begitu, Singapura “terus dilemahkan oleh hutang swasta yang tinggi dalam ekonomi dan tahap harga yang tinggi, terutamanya dalam sekor hartanah, yang mengurangkan kualiti hidup dan daya tarikan bakat,” kata IMD.

Selain Malaysia, Japan (kedudukan ke-25), Korea Selatan (ke-27) dan India (ke-44) juga menampakkan sedikit peningkatan.

Antara negara lain yang jatuh kedudukan adalah Taiwan (ke-17), Thailand (ke-30) dan Indonesia (ke-43).

Filipina mengalami kemerosotan yang paling ketara di rantau ini, dan jatuh sembilan anak tangga ke tempat ke-50 akibat penurunan sektor pelancongan dan pekerjaan, kemerosotan kewangan awam dan peningkatan kebimbangan terhadap sistem pendidikan.

The IMD World Competitiveness Centre telah menerbitkan ranking tahunan sejak tahun 1989.

Tahun ini, ia memberi tanda aras bagi prestasi 63 negara berdasarkan lebih daripada 340 kriteria yang mengukur aspek daya saing yang berbeza.

Show More

Related Articles

Back to top button