AntarabangsaEropah

Islam Di Bulgaria: Antara Islamophobia Dan Kebab Yang Sangat Menyelerakan!

Bulgaria merupakan sebuah negara yang sangat indah, dipenuhi banjaran gunung, pantai membiru dan yang paling utama, merupakan pusat utama pertembungan Muslim Balkan dengan Kristian Slavik yang mana setiap mereka adalah penganut agama samawi.

Diapit oleh negara-negara yang mahsyur sebagai penyumbang ketamadunan dunia – Greece, Turki dan negara pra-komunis Yugoslavia – ianya menjadikan Bulgaria sebagai laluan darat utama yang menghubungkan Eropah dengan Turki dan Asia Barat.

ISLAM DI BULGARIA

Seperti negara-negara Eropah yang lain, sejarah kedatangan Islam ke Bulgaria merupakan jasa dan bakti Empayar Uthmaniyah.

Pada sekitar 1400-an, kempen perluasan kuasa Empayar Khalifah unggul Islam itu berhasil menyerapkan Bulgaria sebagai sebahagian dari wilayah jajahan mereka (vessel state).

Bermula dari itu, warga Bulgaria mula terbuka pintu hatinya untuk memeluk Islam, dan serentak itu juga Islam menjadi agama utama di sana.

ISLAM PADA MASA KINI

Kini, Bulgaria mempunyai jumlah peribumi beragama Islam antara yang paling ramai di Eropah, merangkumi sekitar 900,000 orang.

Terdapat tiga golongan Muslim Bulgaria yang utama dari kalangan etnik peribumi, iaitu: –

  1. Turks
  2. Muslim Roma
  3. Muslim Pomaks

Etnik Turks merupakan kumpulan minoriti terbesar di Bulgaria, dengan anggaran sekitar 7% dari keseluruhan populasi.

Mereka mendiami kawasan tenggara, terutama di persempadanan Bulgaria – Turki serta di sekitar wilayah Razgad dan Shumen.

Mereka merupakan etnik yang menerima layanan paling keras sewaktu Bulgaria dibawah pemerintahan komunis.

Etnik Muslim Roma pula merupakan kumpulan minoriti Muslim kedua terbesar, dan dianggarkan populasi mereka berjumlah sekitar 200,000 hingga 400,000.

Kumpulan ini banyak mendiami kawasan ghetto di bandar-bandar besar seperti Pazardzhik, Stolipinovo dan Hadjihasan Mahalla.

Manakala bagi etnik Pomaks, komuniti mereka berjumlah sekitar 200,000 orang. Menetap di kawasan pergunungan Rhodope di selatan Bulgaria, mereka ini kebanyakannya merupakan “orang kampung”, hidup secara bersederhanda dan tebal dengan ciri kedesaan.

Pengantin perempuan Muslim Bulgaria, Dhzemile Lilova sewaktu menyarungkan pakaian tradisi bergelar “ghelina”

PENERIMAAN TERHADAP ISLAM

Islam berasimilasi dengan baik bersama kaum lain, dan membuktikan perkara ini ialah melalui polisi-polisi kerajaan yang memberi keutamaan terhadap agama Islam. Ianya termasuklah: –

  1. Meluluskan penubuhan Office of the Chief Mufti of Bulgaria, sebuah agensi yang menyelia urusan agama Islam di negara itu.
  2. Meluluskan penubuhan beberapa institusi berteraskan agama Islam termasuk Higher Islamic Institute di Sofia, serta tiga buah sekolah Islam di wilayah Shumen, Russe dan Momchilgrad.

ISLAMOPHOBIA

Namun dalam pada itu, Bulgaria turut menerima tempias gerakan Islamophobia (anti-Islam) yang ekstrem. Ini boleh dilihat melalui beberapa insiden termasuk yang paling mengejutkan pada 2013.

Pada bulan Januari tahun itu, seorang lelaki telah memanjat pentas dna mengacukan pistol ke kepala Ahmed Dogan yang pada waktu itu sedang berucap.

Ahmed Dogan merupakan warga Muslim yang menjadi pemimpin parti Bulgaria’s Movement for Rights and Freedom (MRF), dan pada tarikh kejadian beliau berjaya diselamatkan dari cubaan bunuh tersebut.

Cubaan bunuh ke atas Ahmed Dogan pada 2013 di Sofia, Bulgaria

KEHIDUPAN SEHARIAN PENUH KONTRAS

Menjalani kehidupan sebagai Muslim di Bulgaria semestinya penuh menarik.

Ini kerana beberapa faktor terutama geografi.

Sebagai negara yang bercirikan Eropah, Slavik dan Uthmaniyah, pertembungan peradaban itu nyata memberikan warna yang meriah dalam kanvas kehidupan mereka.

Ini boleh dilihat khususnya dari sudut pemakanan, apabila ciri pertembungan dapat dilihat melalui variasi makanan halal yang ditawarkan termasuklah kebab dengan sentuhan Eropah yang menebal.

Kebab Bulgaria yang mewah dengan ramuan Eropah dan Turki

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button