Sukan

Zhao Lina Tolak Tawaran Model Kerana Bola Sepak

Zhao Lina adalah wajah kepada bola sepak wanita di China, dengan tubuh yang lebih tinggi daripada orang lain. Selain itu, beliau turut menolak peluang untuk menjadi model.

Kini, penjaga gol yang berusia 26 tahun dengan ketinggian mencecah 1.88 meter (6 kaki 2 inci) berharap untuk menggunakan kebolehannya bagi menaikkan taraf bola sepak wanita di negara itu.

Image result for zhao lina

Presiden Xi Jinping yang juga seorang peminat bola sepak sedang berusaha untuk menjadikan China sebagai tuan rumah, malah memenangi Piala Dunia.

Kelab-kelab China membelanjakan wang yang sangat banyak bagi menarik pemain serta jurulatih terkenal. Dalam masa yang sama, pihak berkuasa  membina infrastruktur bola sepak dan menggalakan golongan belia untuk mengambil bahagian dalam sukan itu.

Di antara nama besar yang berjaya dipancing adalah pemain Argentina, Carlos Tevez yang menandatangani kontrak bernilai €730,000 (RM2.9juta) seminggu yang menyertai kelab Shanghai Shenhua sebelum pulang ke negara asalnya awal tahun ini.

Zhao yang bermain untuk China di sukan Olimpik 2016 telah mewakili negara itu sebanyak 50 kali. Ketika ini, beliau bermain untuk kelab Shanghai Rural Commercial Bank (RCB) dengan pendapatan sebanyak 10,000 yuan (RM6,200) sebulan, yang tertinggi di kelab itu.

Image result for zhao lina

Di dalam temubual pertamanya bersama media luar negara, Zhao berkata  beliau tidak berminat dengan wang – walaupun ia tidak mencukupi – tetapi mahukan lebih ramai orang hadir dan menyokong perlawanan bola sepak wanita.

Pasukannya, yang terdiri daripada pemain-pemain profesional, menjadikan Universiti Shanghai sebagai laman sendiri.

“Stadium itu hanya terbuka separuh dan boleh memuatkan beberapa ribu penonton sahaja.

“Seingat saya, stadium itu tidak pernah penuh.” kata Zhao yang telah bermain untuk kelab itu sejak beliau remaja lagi.

“Bukan mahu menokok-tambah, tetapi selain daripada keluarga dan saudara-mara, hanya adalah beberapa orang sahaja yang datang menyokong.

“Inilah kebiasaannya.”

Adalah ironik apabila bola sepak wanita tenggelam ketika segala usaha, cita-cita serta wang yang diperuntukan bagi membentuk dan membangunkan sukan itu di China.

Kerana ketika pasukan bola sepak lelaki dilihat sebagai memalukan negara – tidak pernah memenangi Piala Asia, hanya layak ke Piala Dunia sekali pada tahun 2002 di mana mereka langsung tidak dapat menjaringkan sebarang gol – pasukan wanita telah memperolehi banyak kejayaan.

Medapat gelaran Steel Roses, mereka telah memenangi Piala Asia sebanyak 8 kali, mendapat tempat ketiga di edisi 2018 bulan lepas, serta layak ke Piala Dunia di Perancis pada tahun depan.

Image result for zhao lina

Namun begitu, Zhao kecewa kerana walaupun lebih ramai yang menyokong pasukan kebangsaan wanita, tetapi perlawanan antara kelab masih tidak mendapat sambutan.

“Jika tidak ramai orang yang datang menyokong dan menyaksikan kami bermain, apa gunanya?” Tanya beliau.

Pemain-pemain RCB berlatih sebanyak dua kali sehari, dan jurulatihnya hanya membenarkan rehat yang pendek sahaja, walaupun suhu mencecah 35°C.

“Orang tidak tahu bola sepak wanita mempunyai pasukan kebangsaan. Mereka ingat kami bekerja di siang hari dan berlatih apabila malam,” kata Zhao lagi, yang tinggal bersama-sama rakan sepasukan di kampus sukan.

“Kadang-kala saya berasakan bola sepak wanita di dalam keadaan yang menyedihkan kerana kami melakukan perkara yang sama dengan pasukan lelaki, kami berusaha 100%.”

Zhao yang mempunyai ketangkasan serta hantaran bola yang hebat, pernah berasa untuk menarik diri daripada bola sepak. Beliau juga pernah berhenti daripada bermain akibat kecederaan.

Agensi permodelan turut berminat untuk menarik Zhao ke dalam dunia permodelan, tetapi jurulatihnya tidak membenarkan.

Walaupun begitu, Zhao yang juga dikenali sebagai Nana pernah mempertimbangkan untuk bertukar profesion, sehingga pernah melawat beberapa agensi permodelan di sana.

Image may contain: 1 person, standing

“Saya ingat mahu mencubanya, tetapi saya mendapati saya tidak boleh melakukannya apabila saya berada di sana,” ujar Zhao yang juga seorang pemain drum yang berhasrat untuk memulakan band beliau sendiri satu hari nanti.

Zhao turut mendapat tawaran untuk bermain bola sepak di luar negara, tetapi beliau memilih untuk bermain di kampung halaman.

Beliau berharap dengan gajinya – walaupun lebih kecil daripada pasukan lelaki – dapat membalas jasa ibu dan bapanya di atas sokongan yang telah mereka berikan. Walaupun pada mulanya ibunya tidak suka akan bola sepak.

Zhao membesar di sebuah pangsapuri kecil bersama ibu-bapa dan datuk serta neneknya. Rumah mereka begitu kecil sehingga Zhao terpaksa tidur di atas sofa di dalam bilik ibu-bapanya.

“Saya mahu membuat lebih banyak duit supaya keluarga saya dapat tinggal di dalam rumah yang lebih besar.

“Saya juga berharap bayaran daripada bola sepak wanita dapat ditingkatkan, tetapi yang lebih penting saya harap lebih ramai orang yang akan datang menyokong dan menyaksikan perlawanan kami.”

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker