Teknologi

Pos Malaysia Perkenal Kad Raya Hologram 3D

Di era revolusi teknologi yang serba canggih kini, penghantaran ucapan kad raya bukanlah satu idea yang popular. Jika dahulu, Pos Malaysia sangat sibuk dengan penghantaran kad-kad raya di musim perayaan, golongan milenium kini lebih memilih untuk mengirim ucapan secara maya.

Oleh itu, Pos Malaysia Bhd (Pos Malaysia) telah melancarkan inovasi terbarunya, Kad Ucapan Raya Hologram 3D, yang menggabungkan kedua-dua teknologi dan tradisi sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan datang.

Ketua Pegawai Operasi (Operasi Mel) Helmi Hashim berkata produk terbaharu itu diperkenalkan berikutan kejayaan poskad Raya animasi tahun lepas yang menampilkan teknologi Realiti Gabungan (Augmented Reality).

Image result for kad raya hologram 3d

“Kami memulakan perubahan besar tahun lepas dengan menonjolkan teknologi AR di kad pos Raya animasi yang mendapat sambutan menggalakkan dan menyaksikan penjualan kad Raya kami meningkat sebanyak 1.1 juta kad berbanding tahun sebelumnya.

“Golongan muda khususnya, sentiasa mencari sesuatu yang berbeza untuk menggantikan ucapan melalui teks dan media sosial seperti WhatsApp atau WeChat.

“Oleh itu, kami telah menghasilkan sesuatu yang berbeza dengan menggabungkan media digital dan tradisi menghantar kad Raya, “katanya kepada pemberita.

Kad Ucapan Hologram Raya 3D datang dalam dua reka bentuk dan video. Pelanggan boleh menonton video hologram 3D dengan memuat turun aplikasi mudah alih ‘Hologram Raya’ menerusi Google Play atau Apps Store dan lampirkan projektor plastik hologram pada skrin telefon pintar.

Menariknya, Pos Malaysia juga telah mengeluarkan poskad edisi khas filem Melayu yang akan datang bertajuk “Pulang”, yang akan ditayangkan selepas Hari Raya Aidilfitri, melalui kerjasama dengan Primeworks Studios.

Image result for kad raya hologram 3d

Set hologram ini dijual pada harga RM12 untuk setiap pek kad ucapan 3D Hologram Raya yang didalamnya disertakan dengan satu kad ucapan Hari Raya, satu sampul dengan setem 50 sen, satu projektor plastik hologram dan satu poskad filem Pulang edisi terhad.

Menurut NST, kad ucapan tersebut boleh didapati di 400 pejabat pos di seluruh negara dan www.eziemall.com.

Sementara itu, Pos Malaysia juga memberikan diskaun khusus untuk penghantaran  kad ucapan raya pada kadar 50 sen. Tempoh promosi ini terhad bermula 17 Mei sehingga 12 Jun 2018 sahaja.

Show More

Related Articles

Back to top button