HiburanWayang

4 Filem Sesuai Tonton Ramadhan Ini

Bersempena Ramadhan ini, tidak salah anda meluangkan masa bersama keluarga sambil menonton filem yang  dapat memupuk kasih sayang antara ahli keluarga disamping mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Disini terdapat 4 filem yang kami rekomen untuk anda tonton sesuai untuk bulan ini.

  1. A Separation (2011)

Filem Iran yang diarahkan oleh Asghar Farhadi ini mengisahkan drama selepas sepasang suami isteri bercerai.

Asghar sangat pandai memberikan nilai positif melalui watak-wataknya yang menyelesaikan masalah tentang kepercayaan, kepentingan diri sendiri dan konflik rumah tangga.

  1. Turtles Can Fly (2004)

Sebuah filem yang bertemakan drama kehidupan selepas perang di Iran yang diarahkan oleh Bahman Ghobadi.

Berlatar belakangkan kem pelarian Kurdis di sempadan Iran-Turki, ia mengisahkan dilema dan perjuangan hidup yang harus diteruskan melalui kaca mata kanak-kanak  selepas peperangan.

  1. Wadjda (2012)

Filem ini merupakan filem pertama yang diarahkan oleh pengarah wanita Arab Saudi, Haifaa al-Mansour. Haifaa ingin menunjukkan bagaimana stereotaip masyarakat di Arab Saudi terhadap kaum wanita.

Ia mengisahkan seorang kanak-kanak perempuan, Wadjda yang bersungguh-sungguh untuk membeli sebuah basikal dengan perlu memenangi sebuah pertandingan bacaan Al-Quran. Namun, setelah ibu dan bapanya mengalami masalah, Wadjda mengambil keputusan untuk mendermakan wang hadiahnya kepada warga Palestin.

  1. Children of Heaven (1997)

Sebuah filem keluarga Iran yang diarahkan oleh Majid Majidi.

Ia mengisahkan seorang kanak-kanak bernama Ali yang telah menghilangkan satu-satunya kasut adik perempuannya, Zahra.  Namun, pelbagai masalah dan halangan yang harus Ali tempuhi sepanjang pencarian kasut itu.

Filem yang ringan ini mampu memberikan mesej positif kekeluargaan melalui watak Ali dan Zahra.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker