Isu SemasaMalaysiaTempatan

Pengguna Digalakkan Pantau Harga Barang Selepas GST 0%

Rancangan kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan untuk memansuhkan Cukai Barang & Perkhidmatan (GST) bakal mula berkuatkuasa pada 1 Jun tidak lama lagi.

Difahamkan, cukai GST sedia ada pada kadar 6% akan diturunkan kepada 0% sekali gus menyebabkan lebih daripada 90% pembekalan berkadar standard menjadi lebih murah.

Memetik laporan The Sun Daily, golongan pakar cukai menyatakan bahawa orang ramai boleh memainkan peranan penting untuk memantau harga barangan dan laporkan kepada pihak berkuasa sekiranya terdapat penjual atau penyedia perkhidmatan yang masih mengenakan GST selepas hari penguatkuasaannya.

Datuk Chua Tia Guan, ketua rundingan cukai dan kewangan di Great Vision Advisory Group menegaskan bahawa pembeli boleh mengira perbezaan harga barang sekarang yang mempunyai 6% GST dan 0% pada 1 Jun nanti.

“Pengguna boleh membuat laporan terhadap penjual dan penyedia perkhidmatan yang masih mengumpul GST mulai 1 Jun agar tindakan boleh diambil ke atas mereka,” katanya.

Namun, Koong Lin Loong, pengerusi¬†Associated Chinese Chambers of Commerce and Industry of Malaysia’s (ACCCIM) SMEs and Human Resource Development Committee berkata, pengguna perlu mengetahui struktur semasa GST terlebih dahulu.

Jelas beliau, barang dan perkhidmatan yang berkadar standard tergolong di bawah tiga kategori:

1. Tag harga barang/perkhidmatan tidak menunjukkan caj GST, namun tertera 6% pada resit

2. Tag harga barang/perkhidmatan yang sudah termasuk caj GST

3. Tag harga di mana GST sudah diserap oleh penjual atau penyedia perkhidmatan

Bagi kategori pertama, tag harga barang atau perkhidmatan yang menunjukkan harga RM 100, namun tidak termasuk 6% GST (RM 100 + RM 6 = RM 106), akan bernilai hanya RM 100 mulai 1 Jun memandangkan GST sudah berada pada kadar 0% pada waktu itu.

Bekalan di bawah kategori kedua pula, di mana tag harga menunjukkan RM 100 sudah termasuk 6% GST, pengguna tidak perlu membayar nilai 6% tersebut bersamaan dengan RM 5.66, sekali gus menjadikan nilai yang perlu dibayar kepada RM 94.34.

Untuk kategori ketiga, barang dan perkhidmatan yang bernilai RM 100, di mana GST telah diserap oleh oleh pembeli atau penyedia perkhidmatan, akan kekal pada harga RM 100.

 

 

 

 

 

 

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker