Isu SemasaTempatan

Moscow Tangani Bandar Berbau; Bakar Sampah Untuk Jana Tenaga

Jika kita berfikir tentang ibu kota Rusia, tentunya kita memikirkan tentang pemandangan indah, bangunan arkitek bersejarah serta cuaca sejuk dan nyaman.

Kini hakikatnya adalah jauh daripada sangkaan. Baru-baru ini AFP melaporkan bau daripada limpahan tapak pelupusan sampah di sekeliling Moscow telah mencemarkan udara.

Pihak berkuasa negara itu telah mengambil tindakan untuk menangani masalah tersebut dengan megeluarkan pelan untuk membakar sampah sarap di samping dapat menjana tenaga.

Tetapi tindakan itu telah mendapat reaksi negatif daripada orang awam atas sebab pelepasan asap kotor.

Menurut anggaran Greenpeace, Rusia mengeluarkan hampir 70 juta tan sampah setiap tahun.

Penyusunan sampah hanya dilakukan di sekitar 100 daripada 4,000 bandar di seluruh dunia.

Tambah Greenpeace, jumlah pembuangan sampah daripada rakyat Rusia telah meningkat kepada 30% sejak sedekad lalu. Dua peratus dibakar, tujuh peratus di kitar semula dan selebihnya dibuang di tapak pelupusan sampah.

Masalah ini diketengahkan buat pertama kali pada bulan Jun tahun lepas apabila penduduk di Balashikha, sebuah bandar kira-kira enam kilometer daripada Moscow mengadu tentang bau busuk itu kepada Presiden Vladimir Putin dalam satu panggilan masuk di salah satu rancangan television dan meminta supaya tapak tersebut ditutup.

Walaupun selepas itu ia ditutup, penduduk lain mendapati tapak lain juga menimbulkan masalah yang sama.

Pada akhir bulan Mac, sekitar 50 kanak-kanak mendapat rawatan perubatan di Volokolamsk selepas tapak lain mengeluarkan gas berbahaya.

Rusia telah meminta bantuan Netherlands untuk menyediakan teknologi yang dapat meneutralkan asap toksik, kerena mereka tidak mempunyai alat yang mampu menangani masalah itu dengan efektif.

Kerajaan Rusia telah menyokong sebuah projek untuk membina lima loji tenaga yang menukarkan sisa kepada tenaga dengan membakar sampah tersebut.

Dua loji yang pertama, yang berupaya membakar 700,000 tan sampah setiap tahun dapat menjana 70 megawatt elektrik dan akan dibina pada 2021 di Moscow.

Pengarah syarikat RT-Invest yang membangunkan projek tersebut berkata tujuan utama adalah untuk menghentikan penyimpanan sampah di tapak pelupusan.

Kerja-kerja membina loji dijangka bermula beberapa minggu akan datang, tetapi terdapat ramai penduduk yang berasa loji tenaga berkenaan akan merosakkan lagi alam sekitar.

“Kami mahu loji tenaga tersebut untuk mengitar semula, bukan membakar,” kata Marina Melnikova, seorang penduduk Naro-Fominsk, sambil menambah bahawa loji itu akan mengeluarkan dioksin karsinogenik.

Marina merupakan antara 4,000 penduduk setempat yang telah menandatangani petisyen membantah pelan yang dibentangkan kepada Putin.

Walaupun begitu, Shipelov menolak kritikan tersebut dan berkata teknologi canggih yang digunakan dibangunkan oleh firma Swiss dan Jepun, Hitachi Zosen Inova, yang telah membina 500 kemudahan sepertinya di negara lain.

“Loji tenaga ini tidak berbahaya langsung. Tiada dioksin, atau elemen berbahaya lain yang akan dikeluarkan oleh loji ini,” kata Shipelov.

“Suhu tinggi 1,260 degree Celcius bermaksud dioksin yang paling berbahaya akan dimusnahkan di dalam reaktor itu,” tambahnya lagi.

Show More

Related Articles

Back to top button