AntarabangsaAsiaIsu Semasa

Kumpulan Ekstremis Tamil Masih Aktif Di Luar Negara

Baru-baru ini, Presiden Sri Lanka, Maithripala Sirisena memberi amaran bahawa kumpulan ekstremis Tamil sedang mula berkumpul di luar negara bagi meneruskan semula rancangan mereka untuk memisahkan negara pulau itu.

Merujuk kepada kumpulan pemberontak Liberation Tigers of Tamil Eelam (LTTE), Sirisena berkata, pasukan keselamatan kerajaan di bawah pimpinan bekas presiden, Mahinda Rajapaksa telah menewaskan mereka menerusi operasi ketenteraan pada bulan Mei 2009 yang turut menyaksikan kematian pengasasnya, Vellupillai Prabhakaran.

Walau bagaimanapun, ideologi mereka masih “hidup” sehingga ke hari ini.

“Kami telah menewaskan keganasan LTTE, tetapi kami gagal menewaskan ideologi mereka,” ujar beliau pada Sabtu, ketika berucap di majlis ulang tahun ke-9 pengakhiran peperangan dengan pelampau, memetik laporan AFP.

 

LATAR BELAKANG RINGKAS LTTE

LTTE yang juga lebih dikenali dengan nama popularnya, The Tamil Tigersadalah kumpulan pengganas yang telah ditubuhkan sejak tahun 1976 lagi.

Mereka dianggap sebagai militan yang paling “brutal” di dunia kerana menjadi satu-satunya kumpulan ekstremis yang pernah membunuh dua orang pemimpin dunia.

Difahamkan, perjuangan utama mereka adalah untuk mengambil alih kepimpinan di Sri Lanka dan menjadikan ia sebagai sebuah negara yang Tamil yang bebas.

Mempunyai kira-kira 5,000 sehingga 10,000 orang anggota, LTTE melakukan telah melancarkan pelbagai siri serangan keganasan bagi merealisasikan impian mereka.

Antara kegiatan keganasan yang dilakukan termasuk menghantar pengebom berani mati, membunuh ahli politik, dan juga menculik.

Menurut Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI), LTTE juga merupakan perintis dalam  beberapa perkara berkaitan keganasan seperti mencipta jaket pengebom berani mati (suicide vest), merekrut wanita/kanak-kanak dan sebagainya.

Bukan itu sahaja, malah mereka dikatakan turut memiliki skuad tentera laut dan daratnya tersendiri, serta senjata-senjata canggih seperti roket dan bom, antaranya.

LTTE dilaporkan meraih lebih daripada AS $200 juta (RM 795.2 juta) setiap tahun dengan mendapatkan ‘pembiayaan’ menerusi kegiatan merompak bank dan penyeludupan dadah.

Sejak tahun 1983, lebih daripada 70,000 nyawa rakyat Sri Lanka telah terkorban berikutan keganasan yang dilakukan oleh Tamil Tigers.

 

EKSTREMIS TAMIL MASIH AKTIF DI LUAR NEGARA

Menurut Sirisena, kumpulan pelampau Tamil masih bergerak dengan aktif di luar negara dan berharap untuk mewujudkan Sri Lanka yang bebas sekiranya mereka memerintah.

Mereka sangat aktif di negara asing. Mereka melakukan bantahan ketika saya melawat London pada bulan lepas (ketika persidangan Komanwel),” katanya.

Namun begitu, sejak kematian Prabhakaran pada tahun 2009, tiada laporan mengenai insiden keganasan yang dilakukan oleh LTTE.

Tetapi, golongan aktivis pro-pemberontak di luar negara dikatakan kerap mengadakan protes anti-Sri Lanka.

 

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button