MalaysiaPolitik

5 Lakaran Sejarah Menerusi PRU14

Pada 10 Mei, rakyat Malaysia umpama mendapat sebuah negara baru, menandakan permulaan zaman baru yang dipimpin oleh kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam PRU-14.

Keputusan PRU-14 yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah membuktikan kepada dunia bahawa dalam sistem demokrasi, rakyat adalah raja kerana kita menentukan masa depan negara. Kita juga harus bangga dengan pemindahan kuasa yang berjalan dengan lancar dan damai.

PRU-14 telah mencipta pelbagai sejarah untuk negara. Media tempatan dan media antarabangsa membuat liputan luas sehingga Malaysia diangkat sebagai ikon negara demokrasi kerana perubahan kuasa dilakukan tanpa pertumpahan darah seperti di sesetengah negara.

Ini adalah sorotan ciptaan sejarah dan pencapaian yang telah dilakar menerusi PRU-14 pada 9 Mei lalu:

1. Perdana Menteri Tertua di Dunia

Image result for mahathirSelepas 15 tahun bersara, Tun Dr Mahathir Mohamad sekali lagi menjadi Perdana Menteri Malaysia dan pada usia 92 tahun 141 hari, beliau kini merupakan Perdana Menteri tertua di dunia.

Dilahirkan pada 20 Disember 1925, Mahathir juga pernah berkhidmat sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat selama 23 tahun dari 1981 dan bersara pada 2003.

Ini merupakan sejarah baharu kerana Tun merupakan seorang lagenda politik negara yang dilantik menjadi PM kali kedua selepas bersara.

2. Timbalan Perdana Menteri Wanita Pertama Negara

Image result for wan azizah wan ismailDalam era Malaysia Baharu, kita menyaksikan Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mencipta sejarah apabila menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri.

Beliau merupakan doktor perubatan kelulusan RCSI Dublin, Ireland (1973) di mana beliau mendapat ijazah dalam bidang obstetrik dan ginekologi. Di universiti, beliau dianugerah pingat emas ‘MacNoughton-Jones Gold Medal’.

Pelantikannya sebagai Timbalan Perdana Menteri membuktikan golongan wanita di Malaysia mampu melakukan sesuatu yang hebat.

3. Menteri Sikh Pertama Malaysia 

Gobind Singh Deo mencatat sejarah apabila menjadi bangsa Sikh pertama yang dilantik sebagai menteri persekutuan di negara ini.

Ahli Parlimen Puchong berusia 45 tahun yang diberi jolokan `Harimau Kecil Puchong’ itu dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Gobind juga adalah menteri Sikh pertama di Asia selain India. Negara lain yang turut membariskan bangsa Sikh sebagai menteri di peringkat persekutuan adalah India dan Kanada.

4. Ahli Parlimen Termuda Negara

Image result for p prabakaranP. Prabakaran, seorang pelajar undang-undang telah mencatat sejarah selepas memenangi kerusi Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Prabakaran mencipta sejarah Malaysia apabila menjadi calon termuda yang pernah bertanding dalam pilihan raya dan kemenangan pemuda itu menjadikannya ahli parlimen termuda yang pernah ada dalam sejarah Malaysia pada usia 22 tahun 3 bulan.

Sebelum ini, ketua Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Najib Razak telah memegang rekod selama 42 tahun apabila memenangi kerusi yang ditinggalkan kosong oleh kematian bapanya pada tahun 1976 ketika berusia 23 tahun.

5. Tewasnya Parti Pemerintah Tertua Asia

Related imageUMNO yang merupakan parti komponen utama Barisan Nasional adalah parti pemerintah tertua di Asia yang memerintah selama 61 tahun.

Tewasnya UMNO pada PRU-14 mencipta rekod kekalahan parti tertua Asia sejak merdeka selepas LDP di Jepun yang memerintah selama 54 tahun dan kalah pada 2009.

Barisan Nasional juga pertama kali bergelar pembangkang sejak Malaysia mencapai kemerdekaan enam dekad lalu.

 

Show More

Related Articles

Back to top button