Tempatan

30% Belia Malaysia Mengalami Krisis ‘Kehidupan Suku Tahun’

Lebih ramai golongan belia Malaysia mengalami tekanan untuk berjaya dalam bidang profesional serta kehidupan peribadi sebelum mencapai umur 30 tahun.

Menurut sebuah tinjauan daripada LinkedIn, satu rangkaian profesional terbesar di dunia, 32% golongan lelaki dan 29% golongan wanita berkata mereka berasa seperti mengalami krisis suku tahun pada usia 20-an dan 30-an.

Menurut pakar psikologi, krisis suku tahun adalah perasaan tidak berpuas hati dengan perkembangan atau kedudukan mereka dalam kehidupan dan berasa seolah-olah masa semakin suntuk. Krisis ini boleh menimbulkan kemurungan dan kebimbangan.

Tinjauan tersebut yang berdasarkan data yang di kumpul pada Februari 2018 mendapati bahawa 1,003 belia Malaysia yang bekerja berasa tertekan untuk berjaya dalam hubungan peribadi, kewangan dan kerjaya walaupun sudah bekerja sepenuh masa.

Mencari pekerjaan atau kerjaya yang memberi minat yang mendalam adalah pencetus terbesar kebimbangan di antara mereka.

“Jika anda mendapati ia susah untuk mencari pekerjaan atau kerjaya yang anda minat, atau risau tentang keselamatan kewangan, anda bukan keseorangan. Ia sangat penting untuk mendapatkan nasihat atau mencari mentor apabila anda mengalami tekanan dari dalam atau luar tempat kerja,” kata ketua komunikasi Asia Tenggara dan Utara Linda Lee.

Tinjauan tersebut mendapati ramai belia Malaysia inginkan nasihat kerjaya tetapi tidak tahu untuk bertanya kepada siapa.

LinkedIn juga mendapati satu per tiga daripada golongan belia ini telah menukar kerjaya mereka dengan bermula semula dalam sektor baharu. Ramai juga di antara mereka yang tidak mendapat sokongan daripada tempat kerja untuk terus maju dalam kerjaya.

Namun, usia bukan sepatutnya menjadi penghalang untuk mendapatkan kepuasan kerja. Terdapat ramai individu yang berjaya mencipta nama walaupun telah memulakan kerjaya mereka pada usia yang lebih tua.

Antara individu tersebut adalah Stan Lee, pencipta Spider-Man yang berumur 43 tahun ketika beliau mula melukis wira-wira legenda terkenal yang kini disayangi ramai.

Selain itu, tukang masak ternama Julia Child tidak pernah belajar memasak sebelum umur 40 tahun. 10 tahun kemudian, beliau berjaya melancarkan rancangan masakannya sendiri.

Pereka baju pengantin popular, Vera Wang, berumur 40 tahun ketika beliau memutuskan untuk menukar kerjaya. Setahun selepas itu beliau berjaya membuka sebuah butik pengantin.

Individu-individu ini telah membuktikan bahawa ia bukan terlalu lambat untuk mengejar cita-cita anda.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker