Sukan

Scholes: Persembahan Sanchez Terburuk

Jika Alexis Sanchez mendapati sukar untuk berhadapan dengan kritikan daripada pemain-pemain dari Arsenal, dia pasti tidak akan suka kritikan legenda Manchester United, Paul Scholes terhadap persembahannya sejak berpindah daripada kelab London Utara itu.

Permainan yang ditunjukkan oleh penyerang dari Chile itu begitu mengecewakan sejak tiba ke Old Trafford pada bulan Januari yang lepas.

Sanchez gagal menjaringkan gol atau menyumbang kepada satu-satu perlawanan seperti yang dia lakukan di Arsenal, di mana dia mendahului jumlah jaringan dalam dua daripada tiga musimnya sebelum musim 2017-18.

Image result for alexis sanchez

Kekalahan Manchester United kepada Chelsea dalam pusingan akhir Piala FA pada Ahad lepas menunjukan sekali lagi persembahan hambar oleh Alexis Sanchez di United.

Paul Scholes kerap memetik namanya sebagai pemain yang perlu memperbaiki persembahannya untuk musim hadapan jika mereka mahu the Red Devils mempunyai sebarang peluang merapatkan jurang dengan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City.

“Persembahannya, ia perlu ditambah baik,” ujar Scholes.

“Sejujurnya, ia sudah tidak boleh menjadi lebih teruk daripada itu.

“Saya rasa untuk beberapa perlawanan seterusnya pada musim hadapan adalah penting buatnya; dia perlu membuatkan penyokong kembali percaya, dan United yang saling mempercayai akan dapat mengejar City. Mereka perlukan nama-nama besar.”

Scholes kemudian mengatakan bahawa Sanchez tidak berada di peringkat yang sama seperti bintang Chelsea, Eden Hazard yang menjaringkan satu-satunya gol dalam perlawanan itu, dan dan berkeras bahawa United perlukan bantuan setibanya jendela perpindahan musim panas ini.

Image result for alexis sanchez

“Paul Pogba tidak boleh menjaringkan gol dengan sendiri. Hazard boleh. Alexis Sanchez tidak boleh, dia sudah tunjukkan itu sejak Januari. Mereka ingat dia boleh, tetapi daripada apa yang kita lihat…

“Mereka memerlukan dua pemain bintang. Saya rasa mereka mempunyai barisan pemain yang bagus. Mereka tidak ada Hazard, Ronaldo, Messi, dan saya tahu kebanyakan kelab tidak ada, tetapi perbezaan antara mereka berdua adalah kualiti yang ada pada Hazard.

Kita dapat lihat itu di perlawanan-perlawanan besar, United tidak ada pemain seperti itu.”

Sejurus selepas perpindahannya ke United diumumkan, Sanchez membalas kritikan bekas pemain Arsenal yang tidak dinamakan kerana mempersoalkan sikapnya yang dilihat acuh-tidak-acuh dengan kelab itu di minggu, malah berbulan-bulan sebelum meninggalkan kelab itu.

Di satu post Instagram, dia berkata: “Ada orang (bekas pemain kelab) yang berkata-kata tanpa usul periksa tentang apa yang terjadi di dalam kelab dan menyebabkan kerosakan. Perlu saya nyatakan bahawa saya sentiasa memberikan 100 peratus, sehingga hari terakhir, sehingga saya meminta Wenger membenarkan saya bermain, kerana saya mahu menyumbang.”

Pemain berusia 29 tahun itu hanya menjaringkan dua gol sahaja dalam 12 perlawanan sejak perpindahannya ke United, musim pertamanya sejak dia tiba di England di mana dia gagal menjaringkan lebih daripada 10 gol.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker