Teknologi

Istimewa Ulang Tahun Overwatch 2018

Bersempena ulang tahun permainan video Overwatch, Blizzard telah melancarkan beberapa kemas kini dan Loot Box yang istimewa.

Menurut mereka, Blizzard akan mengeluarkan 11 character skin (penampilan karekter) bersempena Overwatch Anniversary 2018.

Baru-baru ini 2 character skin telah diumumkan secara rasmi untuk karekter Soldier 76 dan Tracer iaitu Venom Soilder: 76 dan Lighting Tracer.

Selain 2 skin ini, pihak Blizzard juga akan melancarkan lebih banyak skin untuk karekter-karekter lain seperti Junkrat, Zarya, McCree, Torbjörn, Bastions dan banyak lagi.

Antara skin yang ‘dibocorkan’ peminat Overwatch untuk ulang tahun ini | Overwatch™

 

Melalui acara ini, Overwatch akan memperkenalkan peta terbaru; Petra dan mod Free-For-All  dimana permain akan berlawan secara individu.

Satu animasi stop-motion juga dikeluarkan bagi meraikan Overwatch Anniversary 2018 ini.

Animasi berdurasi 2 minit ini menceritakan Tracer cuba mengajak Reaper untuk bersama meraikan ulang tahun permainan ini.

Acara Overwatch Anniversary 2018 ini akan berlangsung dari 22 Mei hingga 11 Jun ini.

Show More

Related Articles

Back to top button