AntarabangsaBudaya

Islam Di Macedonia: Cahaya Di Hujung Jalan

Negara Republik Macedonia merupakan sebuah negara di semenanjung Balkan, yang terletak di bahagian tenggara benua Eropah.

Macedonia yang terletak di antara Serbia dengan Greece

Pada asalnya, Macedonia merupakan jajahan dalam negara Yugoslavia, sebelum negara itu dibubarkan pada tahun 1991 ekoran kejatuhan USSR dan komunisme.

Hal itu sekaligus memerdekakan Macedonia sebagai sebuah negara bangsa (nation state) bersistemkan republik.

ISLAM DI MACEDONIA: SEJARAH PANJANG UTHMANIYAH

Warga Muslim di Republik Macedonia mewakili sekitar 33% daripada seluruh populasi negara itu yang berjumlah 2.1 juta.

Hal itu seterusnya menjadikan Islam sebagai agama kedua paling ramai penganut di negara itu selepas Kristian Ortodok, dan warga muslim di sini menganuti mazhab Imam Hanafi dan mengamalkan ajaran sunnah.

Warga Muslim di Macedonia

Bercakap tentang sejarah kedatangan Islam ke negara republik ini, ianya boleh dijejaki seawal kehadiran tentera Uthmaniah ke Eropah pada sekitar kurun ke 1400-an.

Menurut Yaar Kalafat, sarjana yang menerbitkan makalah berjudul “Popular Beliefs Among the Macedonian Turks: Turkmens, Torbeshes, Turkbashis, Chenkeris and Yariks“, warga Muslim di Macadonia ini: –

… Umumnya adalah keturunan masyarakat Kristen Ortodoks yang masuk Islam sejak berabad- abad yang lampau ketika Kesultanan Turki Ottoman menguasai Balkan…

REALITI ISLAM MASA KINI

Memetik pendedahan dalam lamanĀ republika.co.id, peratusan populasi Muslim di Macadonia pernah mengalami penyusutan dari 36.76% pada 1904, kepada 24.05% pada tahun 1961.

Namun semenjak 1971, angka itu meningkat sehingga pada waktu semasa, bilangan mereka mencecah 33-35% daripada keseluruhan populasi seluruh negara.

Tidak sekadar itu, Pew Research Center menganggarkan bahawa jumlah populasi Muslim di negara itu akan mencecah sehingga 56.2% menjelang tahun 2050, sekaligus menjadikan Islam sebagai agama majoriti di Macedonia.

Ini sekaligus memperlihatkan bahawa adanya cahaya di hujung jalan buat warga Muslim di sini, dan hal ini wajar dijadikan pemangkin semangat buat warga Muslim di seluruh dunia.

KEHIDUPAN SEHARIAN

Sebagai negara yang mempunyai bilangan penganut Islam yang ramai, maka di Macedonia tidak sukar untuk mendapatkan makanan halal.

Misalnya, di Skopje iaitu ibukota negara itu, terdapat banyak rangkaian kedai makan halal terutama dimiliki orang Turki.

Makanan bercirikan Turki yang banyak menggunakan daging seperti kebab, merupakan antara juadah halal yang popular di Macedonia

Hal yang sama turut boleh didapati di bandar lama Skopje, di mana kawasan itu turut menempatkan banyak kedai makan halal bagi memenuhi keperluan warga tempatan dan pengunjung dari luar negara.

MASJID

Di Skopje, terdapat beberapa buah masjid bagi tujuan ibadah serta urusan kemasyarakatan.

Antaranya ialah: –

  1. Mustafa Pasha Mosque
  2. Sultan Murat Mosque
  3. Jahja Pasha Mosque
  4. Isa beg Mosque
Mustafa Pasha Mosque di Skopje, Macedonia

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close