AntarabangsaBudaya

Islam Di Montenegro: Komuniti Kecil Di Negara Yang Indah

Montenegro merupakan sebuah negara kecil di Balkan yang sangat cantik dan memukau pandangan.

Berkeluasan cuma 13,812 km persegi, saiz yang lebih kecil daripada negeri Kelantan itu menjadikan Montenegro antara negara paling kecil di Eropah

Ironinya, terdapat sebuah bandar yang cantik di Montenegro bernama “Kotor”

Namun, tahukah anda bahawa di sebalik saiz yang kecil, berdiamnya komuniti Islam yang bersederhana di sana?

SEJARAH ISLAM DI MONTENEGRO

Seperti juga di kebanyakan negara Eropah yang lain, Islam di Montenegro dibawa oleh empayar Uthamniyah sewaktu kempen perluasan kuasa pada circa 1400-an.

Kempen itu menyaksikan kebanyakan negara-negara Eropah termasuk Balkan diserap sebagai kawasan jajahan Uthmaniyah (vessel states).

Sekalipun tiada paksaan untuk memeluk Islam pada waktu itu, namun oleh kerana keluhuran dan kebaikan pekerti warga muslim saat itu telah menarik minta warga Montenegro yang asalnya Kristian untuk mendekati dan seterusnya memeluk Islam.

Apabila Islam semakin diterima, maka pada sekitar kurun ke-15, sebuah masjid pertama telah dibina di Montenegro iaitu Masjid Husein-paša’s di wilayah Pljevlja, Montenegro.

Masjid Husein-paša’s di wilayah Pljevlja, Montenegro

ISLAM PADA MASA KINI

Kini, hampir 20% daripada keseluruhan 642,550 populasi Montenegro menganuti ajaran Islam.

Kebanyakan mereka terdiri dari keturunan Sandzak, iaitu sebuah etnik dari kawasan bernama Sandzak di antara Montenegro dengan Serbia.

 

Hampir kesemua mereka menganuti Islam berfahaman sunni.

KESATUAN ANTARA AGAMA

Montenegro menitikberatkan keharmonian antara agama tanpa prejudis terhadap latar belakang agama masing-masing.

Ini dapat dilihat pada klausa khas dalam Perlembagaan Motenegro – yang menurut laman web montenet.org – dikuatkuasakan demi memastikan keamanan dan keselamatan setiap penganut dari sebarang latarbelakang agama di sana.

KEHIDUPAN MUSLIM

Meskipun minoriti, namun Islam diterima dengan sangat baik dalam era moden yang serba bebas dan liberal ini.

Ini tidak menghairankan kerana Montenegro pada dasarnya memang merupakan negara Islam di bawah Uthmaniyah.

Sepanjang dekad terkini, komuniti Islam mendapat tempat yang tinggi dalam pemerintahan, dan ini dapat dilihat berdasarkan beberapa perkara seperti: –

  1. Dalam Parlimen Montenegro terdahulu, tujuh anggota Parlimen terdiri dari kalangan orang Islam
  2. Orang Islam juga mempunyai rekod menjawat jawatan penting seperti Timbalan Perdana Menteri serta Menteri berportfolio.

MAKANAN HALAL

Walaupun menurut pengendali laman halalchronicles.com memaklumkan bahawa tiada kedai khas menjual makanan halal di Montenegro, namun ianya bukanlah sesuatu yang merisaukan buat warga muslim di sana.

Ini kerana sebagai negara pesisir laut, Montenegro menawarkan varisasi produk lautan yang mewah, segar dan lazat menyelerakan!

Antara pasar di Montenegro yang menawarkan pelbagai pilihan makanan laut yang segar

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button