Kesihatan

Habuk Dalam Mata Atau Floaters?

Sumber Imej: Google

Floaters mata adalah bintik-bintik kecil yang kelihatan seperti ulat yang berterbangan pada arah pandangan anda. Ia terlihat lebih jelas ketika anda berada di luar saat matahari cerah atau melihat pada latar belakang putih.

Ia merupakan gumpalan jel kecil atau zarah di dalam vitreous (cecair seperti jel) yang mengisi rongga mata.

Walaupun ia sering kelihatan seperti berada di depan mata, ia sebenarnya terapung dalam cecair vitreous di dalam mata dan menyebabkan jatuhnya bayangan pada retina, lapisan dalam mata yang sensitif terhadap cahaya.

Dengan menggerakkan bola mata ke atas dan ke bawah, floaters dalam vitreous akan bergerak menjauhi arah pandang lurus anda.

Ini adalah akibat proses penuaan normal ketika cairan vitreous mengalami degenerasi.

 

Adakah Floaters Mata Berbahaya?

Selalunya floaters tidak menimbulkan apa-apa masalah. Tetapi apabila anda melihat munculnya banyak floaters atau kilauan cahaya (flashes), ia sangatlah penting untuk merujuk kepada pakar.

Hal ini adalah kerana jika degenerasi vitreous tertarik menjauhi retina dan mencakarnya, ia mungkin akan menyebabkan perdarahan kecil pada mata. Retina yang terguris boleh menjadi semakin parah, menyebabkan kebutaan.

 

Apakah Yang Patut Anda Lakukan Untuk Mencegah Floaters?

Tidak ada cara untuk mencegah floaters dan flashes yang disebabkan oleh penuaan.

Namun, anda perlu menjaga kesihatan mata dan sering memeriksa mata anda. Jika floaters dilihat pada arah pandangan anda, cubalah menggerak-gerakkan mata.

Melihat ke atas dan ke bawah juga efektif untuk menghilangkan floaters daripada pandangan anda.

Show More

Related Articles

Back to top button