Antarabangsa

Betapa Susahnya Menjadi Warganegara British

Menurut Kensington Palace, Meghan Markle yang bakal mengahwini Putera Harry pada 19 Mei ini akan mengambil ujian kewarganegaraan British.

Peguam imigresen, Colin Yeo berkata perjalanan ke arah kewarganegaraan British adalah sangat rumit.

“Ia sangat mudah untuk membuat kesalahan kerana syaratnya sangat ketat,” katanya.

Apabila Raja Edward VIII mahu berkahwin dengan Wallis Simpson, yang pernah berkahwin dua kali sebelum itu, ia mencetuskan krisis perlembagaan.

Hal itu menyebabkan Raja Edward melepaskan kuasa pada tahun 1936, dan mengatakan bahawa dia tidak dapat memerintah “tanpa bantuan dan sokongan dari wanita yang saya cintai.”

Walaupun Meghan Markle telah mendapat sambutan baik oleh rakyat Britain, peperiksaan kewarganegaraan ini bukanlah senang.

Untuk individu yang tiada hubungan dengan orang-orang tertentu atau mereka yang kekurangan wang, peperiksaan tersebut adalah halangan yang besar buat mereka.

Pada 2012 Britain telah menguatkan peraturan imigresen untuk mengurangkan net imigresen kepada kurang daripada 100,000 individu setiap tahun.

Bukan warganegara EU yang mengahwini rakyat Britain selalunya perlu mendapatkan visa pasangan dan tinggal di UK selama lima tahun sebelum mereka dapat memohon untuk mendapatkan status penduduk tetap atau kewarganegaraan.

Untuk mendapatkan visa tersebut, Markle perlu membuktikan hubungannya kepada Harry adalah benar, ikhlas dan dia betul-betul telah berpisah dengan suami pertamanya, Trevor Engelson.

Markle juga perlu membuktikan bahawa Harry memperoleh pendapatan sebanyak £18,000 (RM100,500) setahun atau mempunyai £62,500 (RM337,703) di dalam simpanan, dan Harry mampu menyediakan tempat tinggal.

Yuran proses tersebut juga boleh mencecah sehingga £7,000 (RM37,822).

Antara tahun 2012 dan 2014, sebanyak 30,000 permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan kepada pasangan bukan British telah ditolak.

Yeo berkata peraturan tersebut mendiskriminasikan wanita, golongan muda dan golongan etnik minoriti, yang cenderung memperoleh pendapatan kurang daripada syarat yang ditetapkan.

Selain itu, peperiksaan ujian warganegara Britain, “Life in the UK” (Kehidupan di UK) terkenal dengan soalan yang aneh dan merangkumi soalan-soalan sejarah, sastera, tradisi dan politik.

Ujian tersebut telah lama dikritik kerana mengandungi soalan yang kebanyakan rakyat Britain juga tidak boleh menjawab. Baru-baru ini House of Lords Citizenship Committee telah berkata peperiksaan tersebut dilihat sebagai “halangan untuk mendapatkan kewarganegaraan dan bukan untuk mencipta rakyat yang lebih baik.”

Menurut profesor Thom Brooks, penulis Becoming British: U.K. Citizenship Examined, antara soalan yang aneh termasuk ketinggian Roda Ferris London Eye (135m), nama perintis restoran India (Sake Dean Mahomed) dan identiti keenam-enam isteri raja Henry VIII.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker