Antarabangsa

Ramadhan Pertama Di Cox Bazar

Permulaan bulan Ramadhan di Cox Bazar kini menjadi tanda peringatan terhadap kehilangan yang mereka alami sejak diusir dari Myanmar akibat tindakan ganas pihak tentera.

Bagi M.D. Hashim, 12 tahun, dia teringat kembali waktu Ramadan di kampungnya di Myanmar – lauk ikan untuk berbuka, menerima hadiah daripada ahli keluara dan menghabiskan masa berehat di bawah pokok sebelum menunaikan solat Maghrib di masjid.

“Kami tidak mampu membeli hadiah dan makanan sedap…kerana ini bukan negara kami,” kata Hashim.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah mendakwa pengusiran penduduk Rohingnya Muslim dari negara itu dianggap sebagai ‘pembersihan etnik’ dan beribu golongan Rohingnya Muslim dipercayai dibunuh sejak Ogos lepas.

Hampir 700,000 Rohingnya telah lari ke Bangladesh untuk mengelak dari keganasan. Di sana mereka terpaksa tinggal dalam pondok bambu yang dilindungi sehelai kain tarpaulin yang terletak di atas cerun berlumpur.

Walaupun mereka mengakui mereka bernasib baik kerana dapat melarikan diri, tetapi sekarang dengan makanan dan dana yang semakin berkurangan, bulan Ramadan menjadi punca kebimbangan untuk ramai kaum Rohingnya.

Pelarian Rohingya di Bangladesh dihalang daripada bekerja dan lebih daripada 24 pusat pemeriksaan tentera menyekat mereka daripada meninggalkan kem pelarian yang kini telah menjadi yang terbesar di dunia.

Mereka bergantung kepada badan pertubuhan amal untuk segala-galanya, termasuk makanan, ubat, pakaian dan barang rumah.

Hashim perlu berjalan selama sejam dalam keadaan cuaca yang panas untuk ke pasar terdekat.

Dia berkata ramai kanak-kanak Rohingya berasa bimbang untuk menjalani kehidupan seharian tanpa makanan dan air kerana suhu panas yang melampau di sana.

“Kami tidak boleh berpuasa di sini seperti yang kami lakukan di Burma, kerana ia terlalu panas. Tidak ada pokok,” katanya.

Walaupun demikian, Hashim adalah salah seorang yang bernasib baik kerana dapat merayakan bulan Ramadan ini dengan keluarganya.

Terdapat kanak-kanak Rohingya yang lain yang akan menghabiskan bulan Ramadan mereka bukan sahaja jauh dari rumah, tetapi berseorangan.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker