Gaya HidupPercutian

Rakyat Malaysia Suka Melancong Dan Pentingkan Bajet

Kajian Penerbangan dan Etika Hotel Global 2018, sebuah kajian yang dijalankan oleh Expedia mendedahkan bahawa rakyat Malaysia adalah pelancong yang paling mementingkan bajet dan peka teknologi di Asia.

Melihat kepada perjalanan udara dalam kalangan pelancong di seluruh dunia, pengembara mengambil lima penerbangan setiap tahun secara purata (dikira sebagai penerbangan satu arah), dengan penerbangan peribadi (3.2 setahun) menyumbang dua pertiga daripada penerbangan ini dan satu pertiga lagi adalah perjalanan perniagaan (1.6 setahun).

Apabila dibandingkan dengan Amerika dan Eropah, pelancong Asia Pasifik mengambil lebih banyak penerbangan purata setahun di mana Thailand mendahului dengan purata 10.1 penerbangan setiap tahun manakala Belgium adalah negara paling sedikit dengan 2.9 penerbangan setahun.

Dengan lebih daripada 600 responden Malaysia yang ditinjau secara dalam talian antara 22 Februari hingga 29 Mac 2018, kajian itu seterusnya mendedahkan bahawa rakyat Malaysia cenderung untuk menempah penerbangan, menjadikan kedudukan 5 teratas global dengan 5.5 penerbangan purata setiap tahun, dengan 83 peratus daripada mereka memeriksa penerbangan secara dalam talian atau melalui telefon bimbit.

Di samping itu, rakyat Malaysia yang peka teknologi dan suka melancong, mengambil lebih banyak perjalanan peribadi (3.6 penerbangan purata) daripada pergi bekerja (1.9 penerbangan purata).

HARGA MERUPAKAN FAKTOR PENTING

Apabila menimbangkan kos keseluruhan penerbangan, pelancong Malaysia adalah yang paling berjimat di Asia dengan 97 peratus mengatakan bahawa harga adalah faktor penting untuk tempahan perjalanan udara.

Mencerminkan tingkah laku perbelanjaan bijak rakyat Malaysia, mereka juga menganggap harga sebagai faktor yang paling penting (74 peratus), diikuti oleh Wi-Fi percuma (71 peratus) dan lokasi (63 peratus) ketika mempertimbangkan tempahan hotel.

Negara lain yang mementingkan harga termasuk Brazil (76 peratus), Kanada (71 peratus), AS dan Singapura (70 peratus).

Menurut ketua komunikasi Brand Expedia di Asia, Lavinia Rajaram berkata dari semua faktor luar yang mempengaruhi etika penerbangan dan etika hotel Malaysia, bajet adalah faktor terpenting yang difikirkan oleh rakyat Malaysia.

Rakyat Malaysia juga didapati paling kedekut dalam memberi tip. Lebih separuh daripada mereka akan memberi tip dengan kurang daripada RM5 atau tidak kepada pekerja hotel. Hanya sekitar 10 peratus daripada tetamu hotel dari Malaysia yang murah hati, jauh di belakang rakyat Amerika yang paling murah hati dengan lebih 40 peratus bersedia untuk memberi tip lebih $ 4 (RM16) kepada kakitangan hotel. – NST

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker