Sukan

Karier Gianluigi Buffon Dalam Bentuk Nombor

Gianluigi Buffon akan mengakhiri kariernya sepanjang 17 tahun bersama Juventus pada Sabtu ini.

Berikut adalah beberapa fakta sepanjang perjalanannya kariernya:

  • Beliau memulakan karier professionalnya di Parma pada usia 17 tahun, menentang AC Milan pada tahun 1995.
  • Buffon telah bermain sebanyak 639 perlawanan Serie A untuk Parma dan Juventus, kedua terbanyak selepas pemain pertahanan AC Milan Paolo Maldini.
  • Beliau turut bermain di Serie B selepas Juventus diturunkan liga pada tahun 2006 akibat skandal mengatur perlawanan Calciopoli.
  • Beliau mencatatkan 300 perlawanan tanpa bolos ketika 655 perlawanan bersama Juventus untuk semua perlawanan.

Image result for gianluigi buffon save

  • Buffon mengekalkan rekod Serie A dengan 10 perlawanan tanpa bolos berturut-turut ketika musim 2015-16. Selain itu beliau turut memegang rekod 21 perlawanan tanpa bolos ketika musim 2011-12 dan 2015-16.
  • Beliau telah memenangi 9 liga Serie A, semuanya bersama Juventus, satu-satunya pemain yang malakukan sedemikian. Dua lagi piala yang dimenanginya ditarik balik kerana penglibatan Juventus di dalam skandal mengatur perlawanan Calciopoli, walaupun kelab itu enggan mengiktiraf hukuman itu.
  • Beliau telah memenangi lima takhta Coppa Italia, satu bersama Parma dan empat bersama Juventus, dan satu piala UEFA bersama Parma. Liga Juara-Juara adalah satu-satunya piala besar yang beliau tidak pernah menangi.
  • Buffon telah membuat 176 penampilan bersama Itali, dan memenangi Piala Dunia pada tahun 2006 dan mencatatkan 77 perlawanan tanpa bolos.
  • Buffon telah mengambil bahagian dalam lima Piala Dunia, satu rekod yang dikongsi bersama pemain Mexico, Antonio Carbajal dan Lotthar Matthaeus dari Jerman. Piala Dunia Rusia 2018 sepatutnya menjadikannya enam kali tetapi Itali gagal melepasi peringkat kelayakan.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker