FesyenGaya Hidup

Gumshoe: Kasut Dari Sisa Gula-Gula Getah

Amsterdam telah menghasilkan kasut inovatif baharu yang pertama di dunia dengan menggunakan gula-gula getah kitar semula dalam usaha untuk membantu membersihkan jalan raya di bandar itu.

“Gumshoe”, yang merupakan hasil kerjasama tiga syarikat iaitu antara syarikat rekaan Explicit Wear, organisasi pemasaran bandar I Amsterdam dan syarikat Gumdrop, menggunakan kira-kira 1 kilogram gula-gula getah untuk setiap empat pasang kasut.

Image result for gumshoe sneakers

Tapak kasut dibuat dari Gum-Tec, sejenis bahan boleh kitar semula yang dihasilkan oleh syarikat Gumdrop yang diperbuat daripada 20 peratus gula-gula getah.

Tapak kasut Gumshoe mempunyai lakaran berbentuk peta Amsterdam dan mempunyai kekuatan seperti getah biasa dengan bonus tambahan bau gula-gula getah.

“Kami mendapati gula-gula getah dibuat daripada getah sintetik. Dan dengan memecahkan sifat-sifat sintetik ini, kami mampu mencipta sejenis getah baru,” kata Pengarah Urusan Gumdrop dan pereka bentuk Anna Bullus.

“Dengan melihat sisa buangan secara berbeza, kita dapat mencari penyelesaian yang akan membawa perubahan untuk membantu menjaga planet,” katanya.

Image result for gumshoe sneakers

Menurut laman web Gumshoe, 1.5 juta kilogram gula-gula getah dibuang di jalan-jalan di Belanda setiap tahun, menjadikannya sampah kedua paling kerap ditemui selepas rokok.

Bahan-bahan untuk Gum-Tec diperoleh dari tong Gumdrop, yang merupakan bekas kecil yang terletak di ruang awam di mana orang ramai boleh membuang sisa gula-gula getah dan bukannya melemparkannya ke atas tanah.

“Dengan kasut ini, kami mengambil langkah lebih dekat ke arah jalan yang bersih dan pada masa yang sama mewujudkan kesedaran dalam kalangan pengguna gula-gula getah tanpa perlu berkempen,” kata Mustafa Tanriverdi dari jabatan pemasaran dan pelaburan Amsterdam.

Image result for gumshoe sneakers

Menurut Design Boom, Gumshoe dihasilkan dalam dua warna iaitu bubblegum merah jambu dan hitam dengan tapak merah.

Selain dari tapak, bahagian lain kasut diperbuat daripada kulit. Para kolaborator juga bercadang untuk membenarkan pelanggan mengitar semula dan menggantikan tapak kasut terbabit apabila perlu tanpa bayaran selain ingin memperluaskan projek ke bandar utama lain di Belanda.

Ia kini tersedia untuk pra-tempahan dan akan dilancarkan dalam pasaran pada bulan Jun ini. Laman web Gumshoe menyenaraikan € 199,95 sebagai harga asalnya tetapi kasut itu kini dijual dalam harga € 49,95.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker