Gaya HidupKecantikan

12 Tips Mengatasi Ruam Lampin Pada Bayi

Bagi ibu yang pertama kali menimang cahaya mata, mungkin terdetik di fikiran bagaimana rupa ruam lampin pada bayi dan apa kesannya kepada bayi.

Bayi yang terkena ruam ini, ia akan mengalami kemerah-merahan pada kulit di sekitar kawasan sulitnya hingga mengakibatkan keadaan tidak selesa dan bayi akan berada dalam kesakitan kerana kulit yang terluka.

Bagaimana ruam bayi terjadi?

Ia terhasil daripada kombinasi kelembapan, asid dari air kencing dan sisa buang air besar serta fabrik lampin yang digunakan. Adakalanya, jangkitan yis juga boleh menyebabkan ruam terjadi.

Ketahui 13 tips untuk anda mengatasi ruam lampin pada bayi

  1. Pastikan kawasan lampin bersih dan kering.
    Cara yang terbaik untuk memastikan ini terjadi ialah dengan kerap menggantikan lampin bayi sejurus daripada mereka selesai  membuang air besar ataupun kecil.
  2. Sapu krim atau minyak untuk melindungi kulit  daripada kelembapan.
    Sesetengah produk yang mempunyai zink oksida dan jeli petroleum berkesan memberi perlindungan kulit terhadap kelembapan.
  3. Tingkatkan pengaliran udara dengan membenarkan bayi untuk tidak memakai lampin dan minyak untuk jangka masa yang pendek dalam 3-10 kali sehari terutamanya ketika tidur.
  4. Elak menggunakan lampin yang ketat dan tiada pengudaraan.
  5. Guna lampin yang lebih besar dari yang selalu dipakai jika ternampak ruam sehingga ruam tersebut hilang.
  6. Jika doktor memberi anda krim untuk mengatasi masalah ruam itu, jeli petroleum juga boleh disapu di atas untuk kawasan ruam supaya lampin tidak melekat dengan krim.
  7. Memandikan bayi secara rutin.
  8. Witch hazel (winter orchid)
    Sebuah kajian tentang tumbuhan berbunga ini telah membuktikan ia dapat membantu bayi menangani masalah ruam.
  9. Menggunakan susu ibu
    Susu ibu yang diletakkan di kawasan ruam didapati sangat berkesan dan lebih selamat berbanding minyak lain.
  10. Menggunakan aloe vera dan calendula.
Minyak calendula


11. Syampu daripada tanah liat.

Kajian mendapati ia lebih berkesan dan cepat bertindak jika dibandingkan dengan minyak calendula.

12. Selain bahan-bahan yang disebutkan tadi, anda juga boleh cuba menggunakan minyak evening primrose yang dicampur dengan madu, minyak zaitun dan lilin lebah (bees wax).

Walau bagaimanapun, kajian lanjutan perlu dijalani tentang keberkesanan minyak ini ke atas kadar keberkesanannya menangani masalah ruam lampin. Ini kerana kandungan bahannya boleh menyebabkan pembiakan bakteria.

Bila anda perlu jumpa doktor?

Jika anda merasakan keadaan ruam pada bayi anda sangat teruk setelah menggunakan tips di atas, anda harus berjumpa dengan doktor pakar. Terutamanya apabila ruam itu berdarah dan bernanah.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker