Hiburan

Perkahwinan Harry Dan Meghan: Antara Yang Menarik Dan Pelik

Perkahwinan antara Prince Harry dan pelakon Amerika Syarikat, Meghan Markle di Windsor pada hari Sabtu ini telah menimbulkan beberapa produk menarik dan luar biasa.

Berikut adalah antara yang paling menarik:

Kondom

Syarikat pengeluar kondom, “Crown Jewels” telah melancarkan produk baharu bagi meraikan hari berbahagia tersebut.

Produk tersebut datang dalam kotak yang memainkan muzikal “God Save the Queen” dan “The Star Spangled Banner” apabila dibuka. Ia juga dihiasi dengan gambar pasangan diraja itu bersama tulisan “putera anda akan datang”.

Kereta Mini

Jenama kereta Mini telah mengeluarkan sebuah kereta edisi khas yang berasaskan salah satu daripada kereta mereka dan menggabungkan bendera British dan AS bersama tulisan “Meghan sayang Harry” serta “love is all you need” (cinta adalah segala yang anda perlukan) pada kotak sarung tangan.

Satu-satunya edisi khas “MINI Hatch” ini akan didermakan kepada salah satu badan kerja amal pilihan pasangan tersebut untuk dilelong.

 Percutian Diraja

Sekiranya anda ingin mengetahui segala-galanya tentang majlis perkahwinan ini dan mempunyai sebanyak £2,500 (RM9,880) untuk berbelanja, anda boleh mengambil percutian selama lapan hari yang merangkumi lawatan ke tapak paling simbolik untuk monarki British, bertemu dengan pakar diraja dan berparti pada hari perkahwinan.

Filem

Saluran AS Lifetime pada hari Ahad ini akan menyiarkan filem “When Harry met Meghan: A Royal Romance” – tajuk yang diilhamkan oleh filem komedi 1989, “When Harry met Sally”.

Filem menarik ini memaparkan kisah cinta yang berbunga antara dua orang. Terdapat satu babak di mana Harry menyedari bahawa beliau ingin berkahwin dengan seorang wanita Amerika yang telah bercerai lalu menjerit: “Dia membuatkan saya bahagia jadi pegi mati dengan tradisi!”

Meghan dimainkan oleh pelakon Parisa Fitz-Henley dan Harry pula dilakonkan oleh Murray Fraser, yang muncul dalam siri “Victoria”

Makanan

Sebuah rangkaian restoran sushi meraikan acara bersejarah ini bersama dengan kotak makanan tengah hari “When Harry met Meghan” yang terdiri daripada ikan salmon, tuna nigiri kuning, avocado, lobak merah, kacang hijau dan pudina segar, halia putih dan sos soya.

Beberapa kedai roti di London juga telah memberi penghormatan yang besar kepada pasangan tersebut,  dengan mencipta cupcake yang dihiasi dengan warna bendera Amerika dan British.

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker