Sukan

Pengadil Arab Saudi Digantung Seumur Hidup Kerana Mengatur Perlawanan

Arab Saudi telah menggantung pengadil Fahad Al Mirdasi seumur hidup kerana cubaan mengatur perlawanan.

Ini berlaku seminggu sebelum dia dijadualkan ke Rusia untuk menjadi pengadil di temasya Piala Dunia, memetik kenyataan persatuan bolasepak negara itu (SAFF).

Al Mirdasi mengaku menawarkan akan memenangkan kelab Al Ittihad ketika perlawanan akhir Piala Raja-Raja pada hari Sabtu yang lepas jika mereka membayarnya.

Image result for Fahad Al Mirdasi

Tambah SAFF lagi, mereka telah meminta FIFA menggantung pengadil itu di sluruh dunia, serta mengeluarkannya dairpada senarai pengadil Piala Dunia.

Pengadil yang berusia 32 tahun itu datang kepada ketua kelab Al Ittihad, Hamad Al-Senaie yang kemudiannya menyerahkan mesej-mesej WhatsApp antara mereka berdua kepada SAFF.

Pihak SAFF kemudiannya memaklumkan perkara itu kepada agensi-agensi kerajaan yang berkenaan.

Memetik kenyataan Jawatankuasa Etika SAFF, Al Midrasi di bawa ke dalam tahanan polis di mana dia mengaku meminta rasuah.

Al Ittihad bertemu dengan Al Faisaly di perlawanan akhir Piala Raja-Raja yang berlangsung di Bandar Sukan Raja Abdullah di Jeddah.
Mereka mencapai kemenangan di masa tambahan di dalam perlawanan yang diadili oleh bekas pengadil Liga Perdana Inggeris, Mark Clattenburg.
Image result for mark clattenburg

Clattenburg yang dilantik menjadi Ketua Pengadil di SAFF pada tahun lepas, menjadi penggantikan Al Midrasi.

Al Midrasi telah menjadi pengadil FIFA sejak 2011 dan menjadi pengadil untuk Piala Konfederasi tahun lepas di Rusia.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker