Hiburan

Marvel Studio Bakal Perkenal Adiwira Muslim Pertama

Presiden Marvel Studio, Kevin Feige baru-baru ini menyatakan bahawa terdapat lebih banyak lagi siri Marvel Cinematic Universe (MCU) yang akan dikeluarkan selepas filem Avengers keempat ditayangkan di pawagam.

Dalam wawancara baru-baru ini dengan BBC, Feige turut menyatakan MCU akan memperkenalkan adiwira remaja Muslim pertama studio itu, Miss Marvel dari watak Kamala Khan.

“Ms. Marvel kini dalam perancangan rangka kerja,” kata Feige.

Feige menjelaskan bahawa Ms. Marvel adalah watak lain dalam buku komik Marvel yang merupakan  adiwira Muslim yang diilhamkan oleh Kapten Marvel.

“Kami mempunyai rancangan untuk menghasilkan filem Ms. Marvel apabila telah memperkenalkan Kapten Marvel kepada dunia,” katanya.

Marvel kini sedang menjalankan penggambaran filem Kapten Marvel yang dibintangi oleh Brie Larson dan dijangka akan ditayangkan pada Mac 2019.

Siapakah Miss Marvel?

Dicipta oleh Sana Amanat dan Stephen Wacker, penulis G Willow Wilson dan artis Adrian Alphona, Miss Marvel adalah superhero remaja kacukan Pakistan-Amerika dari New Jersey.

Miss Marvel pernah membuat kemunculan komik pada tahun 2014 dan telah menjadi salah satu watak Marvel baru yang paling popular hari ini dengan perwatakannya yang cergas dan lucu serta mempunyai kebolehan berubah bentuk.

Kamala Khan atau Miss Marvel adalah seorang remaja berusia 16 tahun yang tinggal di New Jersey bersama ibu bapa dan abangnya yang berasal dari Pakistan.

Dia menulis fiksyen peminat tentang adiwira kegemarannya, menghabiskan masa dengan sahabatnya di kedai serbaneka tempatan dan sering mempunyai masalah untuk fokus di sekolah dan di masjid.

Kamala Khan mula menjadi Miss Marvel selepas Carol Danvers sebagai wira kegemarannya mula memegang gelaran Kapten Marvel.

Siapa yang akan menjadi Miss Marvel?

Image result for priyanka chopraBelum ada keputusan yang telah diumumkan mengenai pelakon watak itu tetapi ada spekulasi mengatakan bahawa Priyanka Chopra adalah calon yang sesuai membawa peranan Ms. Marvel.

Pelakon Bollywod yang menempa nama di Hollywood itu sudah menyuarakan watak dalam permainan video mudah alih Marvel: Avengers Academy.

Beberapa peminat menyuarakan sokongan mereka terhadap Priyanka Chopra tetapi ada yang mengatakan peranan itu harus diberikan kepada pelakon Pakistan-Amerika dan bukannya pelakon dari India.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker