AntarabangsaBudaya

Islam Di Baltik: Minoriti Di Negara Yang Indah

Terma Baltik merujuk kepada sekumpulan tiga buah negara bangsa (nation states) yang terletak di pesisir Laut Baltik di Eropah Utara.

Mendiami kawasan pesisir laut sejuk yang indah, mereka merupakan negara bangsa yang muncul selepas kejatuhan Soviet Union pada 1991.

Tiga buah negara tersebut ialah: –

  1. Estonia
  2. Latvia
  3. Lithuania
Peta Baltic: Estonia, Latvia dan Lithuania

SEJARAH ISLAM DI BALTIK: LITHUANIA

Bercakap tentang Islam, situasi dan sejarah perkembangan agama di Baltik agak berbeza dengan negara Eropah yang lain.

Jika di Eropah, kedatangan Islam dijejaki dengan kehadiran pasukan Uthmaniyah pada sekitar abad ke 786 Masihi, namun di Baltik terutama Lithuania, keadaan di sana dilihat agak berbeza.

Ini kerana di Lithuania, timur Poland serta Belarus, Maharaja Lithuania iaitu Duke Vytautas membawa masuk Muslim Tartar dari Crimea untuk membantu empayar memerangi serangan tentera Kristian Teutonik – yang menurut laman web the wandering musulman – merupakan tentera yang tidak bertoleransi terhadap empayar dan agama lain.

Semenjak kehadiran warga Muslim Tatar itu, mereka diberikan imuniti dan dibenarkan menetap di Lithuania tanpa sebarang tekanan mahupun sekatan.

KEADAAN ISLAM BALTIK MASA KINI

Dekad terkini menyaksikan negara-negara Baltik tidak mempunyai kelompok Islam yang ramai seperti di negara Eropah yang lain. Pecahan jumlah komuniti mengikut negara di Baltik adalah seperti berikut: –

  1. Estonia:

Negara itu mempunyai jumlah penganut beragama Islam yang terendah iaitu seramai 1,508 orang. Secara tradisi, warga muslim di sini yang terdiri dari Sunnah dan Shiah hidup secara bersederhana.

Wajah manis warga Muslim Baltik

Dua kelompok ini juga mempunyai hubungan yang erat kerana faktor bilangan yang kecil memerlukan mereka merapatkan silaturrahim sesama komuniti.

2. Latvia:

Jumlah muslim di sini lebih tinggi iaitu seramai kira-kira 2,000 orang. Sejarah kedatangan Islam di Latvia boleh dijejak melalui peperangan Russia – Turki (Russo – Turkish War) pada tahun 1877, dan jumlah itu turut disumbangkan melalui kehadiran etnik Russia beragama Islam ketika di era USSR (Soviet Komunis Rusia).

Hampir keseluruhan penganut Islam di Latvia menganuti ajaran Sunnah, dan urusan keagamaan di sana berpusat di sebuah institut kecil yang bernama Islamic Cultural Center di Riga.

3. Lithuania

Di Lithuania pada masa kini, jumlah penganut Islam dianggarkan kira-kira 3,200 orang. Terdapat hanya dua atau tiga buah masjid di sini, iaitu di Kaunas, Raizai.

Antara masjid di Baltik
Masjid lain yang turut dibina di rantau Baltik

PENERIMAAN MAJORITI TERHADAP KAUM MUSLIM DI BALTIK

Secara keseluruhan, komuniti Islam di tiga buah negara Baltik hidup dengan aman bersama kaum lain yang majoritinya menganuti ajaran Kristian.

Di Lithuania misalnya, kaum Tatar muslim mendapat sokongan padu daripada kerajaan Lithuania pasca keruntuhan USSR pada 1991, dan hubungan baik itu berterusan sehingga kini.

Hal yang sama juga dapat dilihat di Latvia dan Estonia, di mana kaum muslim mempunyai hubungan yang baik dengan pihak kerajaan serta warga masyarakat berbilang kaum di sana.

KEHIDUPAN MUSLIM DI BALTIK

Sebagai sebuah gugusan negara di pesisir pantai yang indah, kehidupan muslim di Baltik semestinya mendamaikan dengan bayu dingin salju dari Laut Baltik.

Mereka mengamalkan kehidupan secara sederhana, dan berkongsi hasil ekonomi secara saksama dengan warga masyarakat yang lain.

Bercakap soal makanan halal, laman web halal trip.com memaklumkan bahawa setakat ini, tiada sebarang restoran halal yang dibuka di Talinn, Estonia dan kemungkinan yang sama juga berlaku di Latvia dan Lithuania.

Namun bekalan produk halal untuk dikonsumsi tidak sukar diperoleh. Ini kerana sebagai negara di teluk, produk lautan di Baltik semestinya menawarkan tawaran kulinari yang enak dan segar kepada Muslim di sana.

Antara produk lautan yang ditawarkan di pasar-pasar di Baltik

Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker