Melihatkan populariti manga yang semakin berkembang di seluruh dunia, sudah menjadi satu lagi pencapaian bagi manga tersebut diangkat dan difilemkan ke layar perak.
Berikut adalah beberapa adaptasi manga popular ke filem yang mungkin anda tidak tahu.
1. Fullmetal Alchemist
Ia mengisahkan adik beradik Alphonse dan Edward Elric dalam usaha mencari batu Philospher untuk memulihkan tubuh mereka selepas percubaan gagal untuk menghidupkan semula ibu mereka yang telah meninggal dunia dengan menggunakan alkimia (seni sains).
Pelakon: Ryusuke Yamada, Tsubasa Honda, Dean Fujioka , Kanata Hongo
Tarikh tayangan: Disember 2017 (Jepun)
Â
2. JoJo’s Bizarre Adventure: Diamond Is Unbreakable
Berlatar-belakangkan Morioh, bandar fiksyen; ia mengisahkan Josuke Higashikata dan rakan-rakannya yang berdepan ancaman pembunuhan pelik dengan kuasa mistik yang dikenali sebagai Stand serta rahsia disebaliknya.
Pelakon: Kento Yamazaki, Ryunosuke Kamiki, Nana Komatsu, Masaki Okada
Tarikh tayangan: Ogos 2017 (Jepun)
3. Nintama Rantaro (Ninja Kids!!!)
Siri animasi popular Nintama Rantaro (Ninja Boy) mengisahkan 3 orang kanak-kanak bersahabat; Rantaro, Kirimaru dan Shinbee dari sekolah ninja Nintama yang mencabar sekolah ninja lain dalam satu acara larian.
Pelakon: Kato Seishiro, Hayashi Roi, Kimura Futa, Mikijiro Hira
Tarikh tayangan: Julai 2011 (Jepun)
4. Ajin: Demi Human
Kei Nagai, seorang pelajar yang memiliki kuasa luar biasa – Ajin – menentang pasukan kerajaan yang ingin menangkap golongan yang memiliki kuasa itu untuk dijadikan bahan uji kaji.
Pelakon: Takeru Satoh, Tetsuji Tamayama, Rina Kawaei, Go Ayano.
Tarikh tayangan: September 2017 (Jepun)
Â
5. Bakuman
Menceritakan perjalanan 2 sahabat – Mashiro dan Tagaki – dalam usaha untuk menerbitkan komik mereka di majalah Weekly Shonen Jump yang popular di Jepun.
Pelakon: Takeru Satoh, Ryunosuke Kamiki, Nana Komatsu, Shota Sometani
Tarikh tayangan: Oktober 2015 (Jepun)
Â
6. Tokyo Ghoul
Ken Kaneki yang harus meneruskan hidup di dalam dunia manusia dan ghoul (makhluk yang mempunyai kuasa luar biasa) setelah dia terselamat dari satu serangan ghoul.
Pelakon: Masataka Kubota, Fumika Shimizu, Noboyuki Suzuki, Shunya Shiraishi
Tarikh tayangan: Julai 2017 (Jepun)
7. Prison School
5 pelajar lelaki yang terlibat dalam salah laku terpaksa menjalani hukuman penjara di dalam sebuah sekolah perempuan.
Pelakon: Taishi Nakagawa, Tokio Emoto, Hirona Yamazaki, Rena Takeda
Tarikh tayangan: Oktober 2015 (Jepun)
8. Bleach
Ichigo Kurosaki mempunyai kuasa Soul Reaper (Malaikat Maut) dan ditugaskan untuk melindungi manusia daripada serangan kuasa jahat dan membimbing roh di alam mati.
Pelakon: Sota Fukushi, Hana Sugisaki, Ryo Yoshizawa, Taichi Saotome, Miyavi
Tarikh tayangan: Julai 2018 (Jepun)