Isu SemasaTempatan

Mengiktiraf Pencapaian Malaysia Selama 9 Tahun

Pilihan Raya Umum Ke-14 telah berakhir, kerajaan baharu di bawah Tun Dr Mahathir Mohamad telah dibentuk dan penyerahan kuasa di peringkat eksekutif juga telah berjalan lancar dan damai. Ramai yang suka tetapi ada yang turut berduka.

Menurut Datuk Seri Nazir Razak, adik kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, elemen terbesar yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Barisan Nasional adalah krisis 1Malaysia Development Berhad (1MDB), yang memburukkan reputasi Najib sebagai peneraju negara.

Oleh sebab kes 1MDB akan diteliti semula oleh kerajaan baru, masyarakat umum perlu meninggalkan isu ini kepada pasukan penyiasat. Ingatlah, prinsip bahawa ‘tiada siapa yang bersalah sehingga dibuktikan oleh undang-undang mahkamah’.

Rakyat Malaysia juga harus ingat bahawa selama sembilan tahun sebagai perdana menteri dan 40 tahun berkhidmat untuk negara, Najib juga banyak menyumbang kepada kemajuan sosio-ekonomi Malaysia.

Ini termasuk pengenalan sistem transit di Klang Valley termasuk LRT dan MRT serta Pusat Transformasi Bandar (UTC) yang menempatkan agensi-agensi kerajaan di satu bangunan yang terletak di pusat bandar dan beroperasi lebih dari jam kerja termasuk pada hujung minggu. Kedua-dua fasiliti ini menawarkan banyak kemudahan kepada orang ramai.

Najib juga merancang projek seperti Lebuhraya Pan Borneo sepanjang 2325km dari Sabah ke Sarawak dan Link Keretapi Pantai Timur 688km yang akhirnya akan membawa pembangunan ke daerah luar bandar.

Pengurangan subsidi yang dilakukan oleh Dato Seri Najib juga dilihat sebagai langkah yang bijak supaya negara boleh mendapatkan kemajuan fizikal dengan infrastruktur awam yang maju walaupun perkara ini merupakan sesuatu langkah yang tidak popular.

Beliau juga berjaya mengurangkan kebergantungan negara terhadap sektor gas dan minyak dari 41% ke 16%. Sesuatu yang dilihat sangat mengagumkan.

Melaksanakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebenarnya bukan ide yang buruk, memandangkan 170 negara mempunyai sistem cukai yang sama.

Rakyat Malaysia sentiasa mahu kerajaan menyediakan mereka dengan penjagaan kesihatan awam yang murah, pendidikan percuma dan pelbagai subsidi, yang menjadikan kos hidup kita sebagai yang paling rendah di dunia.

Tetapi besar kemungkinan implimentasinya di Malaysia tidak begitu lancar yang menyebabkan ia tidak disukai ramai.

Walau bagaimanapun, dengan GST inilah ekonomi Malaysia boleh dikatakan masih stabil apabila harga minyak dunia jatuh. Jikalau tanpa GST negara akan mengalami kesukaran untuk mengembangkan ekonomi negara dan berbelanja ke arah projek berinfrastruktur.

Najib juga harus dipuji kerana gaya pentadbirannya yang mementingkan kesejahteraan rakyat. Pelbagai bantuan telah disalurkan kepada rakyat yang meliputi setiap lapisan masyarakat seperti BR1M yang membantu golongan B40 dan pelbagai lagi bentuk bantuan.

Namun kini suara rakyat yang inginkan perubahan telah tercapai dan hanya masa yang akan memberitahu bagaimana kerajaan baru dapat meningkatkan kestabilan politik masa depan kita serta kesejahteraan sosio-ekonomi negara seperti yang dijanjikan dalam manifesto pilihan raya mereka.

Sekiranya kerajaan baru tidak melaksanakan harapan rakyat dalam tempoh mandat lima tahun, mereka pasti akan disingkirkan dari Putrajaya. Inilah bagaimana sistem negara demokrasi berfungsi.

Sebagai penghormatan kepada kerja baik Perdana Menteri Malaysia ke-6 untuk negara ini, marilah kita membuang perasaan benci dan mengharapkan terbaik untuk masa depan negara. – The Star

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker