Sukan

Wenger Selepas 22 tahun Dan 1,235 Perlawanan

Ucapan selamat tinggal adalah ucapan yang paling sukar untuk diluahkan.

Arsene Wenger pergi dengan senyuman, dilengkapi dengan kemenangan pertamanya bermain di tempat lawan pada tahun 2018

Terasa bagaikan Wenger telah banyak kali mengucapkan selamat tinggal, membuatkan anda tertanya-tanya ada lagikah perkara yang hendak diucapkan?

Tetapi penyokong Arsenal yang berkunjung ke Huddersfield membuatkannya lebih istimewa dan memberikan penghormatan terakhir yang paling sempurna buat antara lagenda bolasepak terhebat England selepas 22 tahun dan mengetuai 1,235 perlawanan.

Beliau duduk di tepi padang selama hampir sejam sebelum perlawanan bermula bagi menghayati permainan terakhirnya, kemudian mendapat sorakan gemuruh apabila Wenger berjalan keluar ke padang sebelum sepak mula diambil lalu memberi tunduk hormat kepada penyokong-penyokong Arsenal yang ada di sana.

Apabila tiba minit ke-22, Wenger diberikan tepukan daripada semua yang hadir selama seminit, pada masa yang sama dua buah kapal terbang membuat lintasan di ruang udara stadium dengan kain rentang bertulis “Merci Arsene” dan “Kami Akan Merindui Kamu Juga”.

Agak ironik kerana hampir setahun yang lepas, mereka melakukan lintasan yang sama memaksa beliau letak jawatan.

Bagaimana semuanya telah berubah, tetapi inilah kesannya terhadap seseorang yang kita hormati dan kita risau dan tidak mungkin dapat mengagak bagaimana beliau akan meneruskan hidupnya selepas ini.

Wenger akan mengosongkan pejabatnya di London Colney, terbang ke Perancis dan menguruskan beberapa perkara lain di sana sepanjang minggu ini.

Arsenal kini perlu mencari pengganti Wenger, dan segala petunjuk terarah kepada bekas kapten Arsenal, Mikel Arteta yang kini menjadi penolong Pep Guardiola di Manchester City.

Arsenal menunjukkan mereka lebih mahukan Arteta berbanding pengurus Juventus, Max Allegri.

Kelab itu menangguhkan perlantikan itu selepas pemergian Wenger kerana mereka tahu betapa pedih dan tidak hormatnya jika ia dilakukan sebelum ini.

Ia bukanlah perlawanan yang paling menggemparkan, jauh daripada rentak dan corak permainan yang Wenger bawakan, dan Huddersfield tiada apa yang mahu diperjuangkan, selepas terselamat daripada zon penyingkiran.

Walaupun begitu, ia adalah perlawanan yang menghiburkan dan segalanya kerana penyokong di stadium.

Wenger sering berkata yang penggantinya nanti akan mewarisi pasukan yang bagus, tetapi adakah ianya benar?

Ramai yang berpendapat bahawa pasukan the Gunners itu perlu dibina semula, terutamanya di bahagian pertahanan.

Penjaga gol simpanan, David Ospina pantas menyelamatkan gawang Arsenal daripada serangan bertubi-tubi Huddersfield, tetapi hanya kerana barisan pertahanan Arsenal yang sangat goyah dan kadang-kadang mudah memberikan lawan mereka terlalu banyak ruang untuk menyerang.

Walaupun begitu, barisan serangan mereka berada dalam keadaan baik. Alexandre Lacazette memulakan serangan, Aaron Ramsey menghantar bola kepada Pierre-Emerick Aubameyang dan penyerang Arsenal itu menyumbat gol ke-10nya sejak beliau tiba di Liga Perdana Inggeris.

Hanya Mo Salah dan Harry Kane yang lebih bagus sejak Aubameyang tiba.

Henrikh Mkhitaryan kelihatan bersemangat dan banyak membuat serangan lebih-lebih dibabak-babak akhir perlawanan, tetapi Lacazette dan Danny Welbeck banya mensia-siakan peluang yang diberi.

Sesiapa sahaja yang bakal menggantikan Wenger boleh menjadikan pemain seperti Hector Bellerin dan Rob Holding, dengan tunjuk ajar yang betul, boleh berkembang lagi dan membawa kepada corak permainan menyerang yang lebih lagi buat Arsenal.

Tetapi itu semua adalah cerita untuk kemudian hari.

Buat masa ini, penyokong-penyokong Arsenal telah menunjukkan penghargaan mereka terhadap Wenger, dan menunjukkan apakan ertinya menjadi seorang penyokong.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker