HiburanTeknologi

Monster Hunter Generations Ultimate Untuk Switch

2018 adalah tahun terbaik buat peminat siri Monster Hunter (MH).

Demam Monster Hunter: World baru sahaja reda, terbaru Capcom mengumumkan pihak mereka akan melancarkan Monster Hunter Generations Ultimate (MHGU) untuk konsol Nintendo Switch.

Bagi peminat MH, ia adalah sesuatu yang ditunggu-tunggu berikutan siri MH sebelum ini dikeluarkan dalam peranti mudah alih seperti PSP dan Nintendo 3DS.

Siri MHGU ini bukanlah permainan MH yang baru tetapi ia adalah permainan Monster Hunter XX (Double Cross) (MHXX) berbahasa Jepun untuk konsol Nintendo Switch.

Ia merupakan permainan yang akan dialih bahasa kepada Bahasa Inggeris untuk pasaran seluruh dunia.

Permainan MHGU juga merupakan versi kemas kini Monster Hunter Generations yang dilancarkan untuk Nintendo 3DS pada 2016.

Monster Hunter XX – Nintendo 3DS | Capcom®

Namun, untuk versi terbaru ini, MH menampilkan lebih banyak raksasa dan lokasi untuk diteroka.

Disamping itu juga, terdapat satu sistem baru yang dinamakan Hunter Arts; dimana pemain dapat mencuba menggunakan 6 jenis kebolehan istimewa mod serangan hunter yang berbeza.

Sebelum ini pihak Capcom telah menjelaskan mereka tidak akan melakukan versi Bahasa Inggeris untuk MHXX yang dikeluarkan Ogos 2017 berikutan memberi fokus dan promosi kepada Monster Hunter: World yang dilancarkan pada Januari lepas.

Jadi peminat MH yang sangat berharap untuk bermain MH di konsol Switch sudah boleh menyimpan wang kerana ia dijadualkan akan tiba pada 28 Ogos tahun ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker