Makan & Minum

Siapa Pernah Makan “Lipas Dari Lautan”?

Lobster yang kini merupakan makanan di meja-meja eksklusif, sebenarnya mempunyai sejarah sebagai makanan kelas bawahan, bahkan pernah digunakan sebagai baja tumbuhan.

Apakah sejarah di sebaliknya?

“LIPAS DARI LAUTAN”

Ketika imigran pertama Eropah berhijrah ke Amerika Utara, mereka mendapati lobster merupakan sumber yang cukup banyak dan mudah didapati, sehingga mereka menggelarnya sebagai “lipas dari laut”.

Oleh sebab bumi Amerika pada masa itu masih subur dan dipenuhi sumber makanan seperti daging, maka mereka memandang lobster sebagai satu kehinaan.

Cukup sedikit orang yang sudi memakan binatang ini, dan akhirnya mereka menjadikan lobster sebagai baja tumbuhan-tumbuhan.

Namun pada waktu musim sejuk menjelang, di saat kesukaran untuk memproses daging, maka mereka mendapati lobster sebagai pembekal protein yang mudah didapati.

Sejak itu, penerimaan terhadap lobster mula meningkat di Amerika Syarikat, terutama dalam kalangan golongan miskin yang sukar mendapatkan bekalan daging sebagai sumber protin.

Namun, semuanya berubah menjelang abad ke-18.

REVOLUSI INDUSTRI DAN EVOLUSI LOBSTER

Pada waktu itu, revolusi industri mengakibatkan permintaan terhadap makanan segera meningkat, kerana para pekerja ketiadaan masa untuk menyediakan hidangan.

Oleh itu, lobster yang pada waktu itu cukup banyak dan mudah didapati, mula dijadikan makanan dalam tin.

Lobster yang dijadikan makanan dalam tin

Perindustran juga menambah baik sistem pengangkutan terutama keretapi, dan meningkatkan jumlah pengunjung ke bandar-bandar di Amerika.

Mereka tertarik dengan lobster yang ditinkan, kerana rasa yang enak dan harga yang murah. Sejak itu juga, permintaan terhadap haiwan itu meningkat.

PERANG DUNIA KEDUA DAN PERUBAHAN STATUS LOBSTER

Kemudian pada kurun ke-19, sewaktu Perang Dunia Kedua, status lobster semakin tinggi kerana bekalan yang semakin kurang.

Waktu itu, tidak seperti daging, lobster tidak tersenarai sebagai makanan wajib bagi askar kerana kerajaan tidak mampu memberi subsidi akibat harga yang mahal.

Semua itu semakin meningkatkan status haiwan yang asalnya dijadikan baja itu.

Kini, lobster bukan lagi bahan untuk baja, sebaliknya merupakan hidangan mewah yang mahal dan eksklusif, sekaligus membuktikan “bahawa lipas dari lautan” itu berjaya memecah tembok stigma bahawa sesuatu yang pada awalnya tiada nilai, tidak semestinya kekal sebegitu selamanya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Baca Juga

Close

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker