AntarabangsaBudaya

Muslim Di Selatan Thailand

Selatan Thailand merupakan kawasan yang merangkumi wilayah Pattani, Yala dan Narathiwat. Ianya terletak di bahagian paling selatan negara Thailand, dan bersempadan dengan Malaysia di kawasan bernama Sungai Golok.

MUSLIM DI SELATAN THAILAND

 
 Penduduk di sana terdiri dari tiga kumpulan etnik utama, iaitu: –
  1. Melayu
  2. Bangsa Siam/Thai
  3. Cina

Walaupun begitu, terdapat juga kumpulan penghijrah dari Asia Timur serta Asia Barat, namun jumlah mereka sangat kecil dan jarang direkodkan dalam rekod awam.

Kaum Melayu muslim mendominasi tiga wilayah Selatan Thailand sebagai kumpulan majoriti, merangkumi sekitar 85% dari keseluruhan populasi yang berjumlah anggaran 3 juta penduduk.

Warga muslim di Selatan Thailand

CARA HIDUP MUSLIM DI SANA

Sebagai wilayah subur yang masih dipenuhi hutan dan bukit-bukau, itu memberikan kelebihan ekonomi kepada warga di Selatan Thailand.

Kawasan tanah yang subur dijadikan kebun getah, kelapa sawit dan tanaman kontan. Ini menyumbang kepada ekonomi tempatan, walaupun kebanyakan golongan muda di Selatan Thailand pada masa kini lebih selesa memilih bidang lain yang lebih selesa seperti berniaga dalam bidang seperti berikut: –

  1. Mengusahakan perniagaan runcit
  2. Mendirikan kedai makan samada di dalam ataupun luar negara, terutama di Malaysia
  3. Terlibat dalam bidang pekerjaan professional termasuk sebagai kakitangan kerajaan

Oleh kerana terletak jauh dari Bangkok iaitu pusat pemerintahan Thailand, tiga wilayah di selatan itu mempunyai ikatan dan kawalan yang sedikit longgar, dan itu memberikan mereka kelebihan terutama dari aspek kebebasan beragama.

Ini kerana, perlaksanaan agama Islam di sana sangat bebas tanpa sekatan, bahkan pihak kerajaan Thailand turut membantu membangunkan institusi agama Islam termasuk sekolah pondok, kolej dan pusat-pusat agama.

MENARIK DI SELATAN THAILAND

Walaupun sinonim dengan konflik dan pergolakan, namun Selatan Thailand turut mempunyai sisi yangg menarik untuk dikenali.

MAKANAN

Sebagai wilayah kaum Melayu yang terletak dalam negara Thailand, makanan di sana sangat menarik kerana menggabungkan dua citarasa berbeza sekaligus membentuk lanskap kulinari yang snagat luar biasa dan enak.

Mereka bukan sahaja pandai menyediakan tomyam, bahkan juga mencipta hidangan gulai bersantan yang mempunyai sentuhan Thailand.

Antaranya terasuklah dengan penggunaan daun selasih dalam gulai, yang memberikan aroma menarik serta menambah rasa.

Kemewahan dan kepelbagaian makanan di Selatan Thailand

 

BUDAYA

Selatan Thailand juga kaya dengan budaya Melayu yang kuat diamalkan. Ini penting untuk dihayati demi melestarikan kedaulatan bangsa dan agama di tanah air.

Di sana, adalah tidak menghairankan melihat warga penduduk keluar berjalan ke pekan dan bandar dengan memakai kain pelikat.

Kaum wanitanya juga sangat kerap dilihat menyarungkan maju kurung mahupun jubah, dan ini menampilkan kekuatan pegangan mereka terhadap adat budaya dalam pemakaian.

Wanita di Selatan Thailand

TEMPAT MENARIK

Selain pantai yang cantik di Narathiwat dan Pattani, pusat-pusat bandar di tiga wilayah Selatan Thailand juga sangat menarik untuk dikunjungi.

Barang-barang yang ditawarkan jauh lebih murah berbanding di bandar besar seperti Hadyai dan Bangkok, malah lebih memenuhi citarasa muslim kerana terletak di kawasan majoriti Islam.

Sistem pengangkutan yang mudah dan murah juga semestinya menawarkan suasana membeli belah yang menarik bagi pengunjung yang ke sana.

Bandar Narathiwat di Selatan Thailand
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button