Isu SemasaPolitikTempatan

Wakil Suara Belia Di Utara Malaysia

Calon muda di negeri-negeri utara Malaysia turut menyerlah pada PRU-14. Kini Kedah, Pulau Pinang dan Perlis masing-masing mempunyai wakil suara belia.

Calon Muda Kedah Yang Memenangi Kerusi DUN

Sekembalinya Tun Dr. Mahathir di pentas politik telah mencatatkan sejarah bagi Malaysia apatah lagi di negeri kelahirannya di Kedah.

Setelah beliau mengumumkan calon muda yang bakal bertanding di negeri tersebut, terdapat beberapa orang di akar umbi tidak bersetuju dengan pemilihan seorang calon muda di DUN Kuah. Calon tersebut ialah Mohd Firdaus Ahmad berusia 32 tahun. 

Menerusi satu sidang akhbar, Ahli Jawatankuasa PPBM Bahagian, Mohamad Ratu Mansor mendakwa, calon yang dipilih tidak langsung sesuai untuk diketengahkan malah mungkin hanya akan merugikan penduduk setempat sekiranya ditakdirkan menang.

Walau bagaimanapun, Mohd Firdaus Ahmad berjaya memenangi kerusi DUN Kuah tersebut dengan majoriti 2,452 undi.

Selain daripada Firdaus, terdapat tiga lagi calon muda yang telah memenangi kerusi DUN. Satu merupakan satu calon yang diketengahkan oleh DAP dan dua merupakan calon PKR iaitu:-

  1. N.13 Kota Darul Aman
    Teh Swee Leong (PKR-DAP)
    29 tahun
  2. N.28 Bakar Arang
    Simon Ooi Tze Min (PKR)
    34 tahun
  3. N.29 Sidam
    Dr Robert Ling Kui Ee (PKR)
    34 tahun

Calon Muda Pulau Pinang Yang Memenangi Kerusi DUN

Langkah meletakkan Syerleena, 38, ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan pembantu setiausaha publisiti DAP Pulau Pinang boleh dikatakan tidak sia-sia untuk parti itu. 

Syerleena yang merupakan calon Melayu pertama yang bertanding di Seri Delima, kerusi majoriti Cina yang diwujudkan pada 2004 telah memenangi kerusi di DUN tersebut dengan majoriti 13,211 undian.

Selain Syerleena, terdapat 10 lagi calon muda yang bertanding di bawah logo PKR yang memenangi kerusi DUN masing-masing. Mereka ialah:-

  1. N.9 BAGAN DALAM
    M. SATEES
    32 TAHUN
  2. N.10 SEBERANG JAYA
    AFIF BAHARDIN
    32 TAHUN
  3. N.13 BERAPIT
    HENG LEE LEE
    39 TAHUN
  4. N.14 MACHANG BUBUK
    LEE KHAI LOON (PKR)
    40 TAHUN
  5. N.19 JAWI
    H’NG MOOI LYE
    40 TAHUN
  6. N.22 TANJONG BUNGA
    ZAIRIL KHIR JOHARI (PKR)
    35 TAHUN
  7. N. 25 PULAU TIKUS
    CHRIS LEE CHUN KIT
    36 TAHUN
  8. N. 27 PENGKALAN KOTA
    GOOI ZI SEN
    31 TAHUN
  9. N.33 AIR ITAM
    JOSEPH NG SOON SIANG
    39 TAHUN
  10. N.35 BATU UBAN
    KUMARESAN ARAMUGAM
    31 TAHUN

Calon Muda Perlis Yang Memenangi Kerusi DUN

Perlis merupakan di antara negeri yang masih bertahan di bawah pemerintahan Barisan Nasional apabila parti ini berjaya memenangi 2 kerusi Parlimen daripada 3 kerusi yang ditawarkan dan 10 daripada 15 kerusi DUN.

Daripada 15 kerusi DUN yang dipertandingkan di negeri yang bersempadanan dengan Thailand ini, terdapat dua kerusi DUN yang berjaya dimiliki oleh dua anak muda daripada parti berlainan.

Di N.09 – Kuala Perlis dan N.13 – Guar Sanji, masing-masing telah dimenangi oleh PKR dan PAS.

Nor Azam Karap, 33 tahun ini telah memenangi kerusi DUN Kuala Perlis dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) Kuala Perlis, Datuk Azam Rashid, 60, yang juga merupakan cikgu sekolahnya.

“Saya pernah mengajar Azam (Nor Azam) semasa darjah tiga untuk subjek Matematik di Sekolah Kebangsaan Kuala Perlis. Dia merupakan antara murid yang baik dan rajin serta berdikari,” kata Datuk Azam seperti yang dipetik dari Kosmo.

Bagi DUN Guar Sanji, calon PAS Ustaz Mohd Ridzuan, 32 tahun telah memenangi kerusi tersebut dengan majoriti tipis 328 undian.

Show More

Related Articles

Back to top button