PRU kali ini menampakkan banyak pencalonan orang muda. Ramai berpendapat kombinasi pengalaman dan usia muda mampu memberi perubahan positif dan menyumbang idea-idea segar bagi membantu golongan belia.
Keputusan PRU-14 semalam telah mencatatkan kemenangan untuk beberapa calon muda di bawah usia 40 tahun di kawasan Pantai Timur.
Walaupun calon muda di Kelantan tidak berjaya memenangi mana-mana kerusi DUN namun di Terengganu, calon muda PAS berjaya meraih kemenangan sebanyak 5 kerusi. Manakala di Pahang pula calon muda Pakatan Harapan telah berjaya merebut 6 kerusi dan PAS telah memenangi 1 kerusi iaitu di DUN Tahan.
Berikut adalah senarai nama-nama calon yang telah menang di Terengganu dan Pahang:
Terengganu
PAS
- Hishamuddin Abdul Karim (N.09 DUN Tepuh)
- Muhammad Khalil Abdil Hadi (N.16 DUN Batu Buruk) 40 tahun
- Sulaiman Sulong (N.20 DUN Pengkalan Berangan) 37 tahun
- Hilmi Harun (N.22 DUN Manir) 36 tahun
- Saiful Azmi Suhaili (N.29 DUN Kemasik) 40 tahun
Pahang
Pakatan Harapan
- Chiong Yoke Kong (N.01 DUN Tanah Rata) 35 tahun
- Chow Yu Hui (N.07 DUN Tras)
- Young Syefura Othman (N.34 DUN Ketari)
- Leong Yu Man (N.38 DUN Triang)
- Lee Chean Chung (N.13 DUN Semambu) 37 tahun
- Lee Chin Chen (N.33 DUN Bilut)
PAS
- Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (N.09 DUN Tahan) 39 tahun