Isu SemasaPolitik

Percaturan Calon Muda Di Perak Membuahkan Hasil

Daripada 46 calon muda yang disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang bakal bertanding di Perak, seramai lebih kurang 10 calon muda telah memenangi kerusi mereka.

Sememangnya strategi untuk meletakkan calon muda pada PRU-14 kali ini telah membuahkan hasil untuk parti-parti politik yang bertanding.

Walaupun pemerintahan negeri Perak telah jatuh ke tangan pembangkang, tetapi apabila dilihat semula strategi untuk meletakkan calon muda oleh BN, ia sebenarnya telah membuahkan hasil.

Calon di Dun Changkat Jering, Ahmad Saidi Mohamad Daud, 34, telah memenangi kerusi itu dengan majoriti 1,922 lebih banyak berbanding yang dimenangi pembangkang dengan majoriti 1,170 undi pada PRU13 lalu.

Calon Muda Lawan Calon Muda

Pertandingan hangat di antara dua calon muda di DUN Keranji juga telah menjadi kerusi tumpuan orang muda apabila calon BN, Daniel Wa Wai How, 30 telah diletakkan sebagai calon untuk menandingi calon muda PKR-DAP, Chong Zhemin, 33.

Chong Zhemin menang dengan majoriti 8,041 undian. DAP yang menggunakan logo PKR pada PRU kali ini telah melihat lima calon muda mereka memenangi kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen.

Calon Muda Menang Kerusi DUN

Berikut adalah senarai nama pemenang calon DUN di Perak:-

  1. N8 Titi Serong
    Hasnul Zulkarnain (PKR-AMANAH)
    38 tahun
  2. N14 Changkat Jering
    Ahmad Saidi Mohamad Daud (BN)
    34 tahun
  3. N24 Hulu Kinta
    Muhamad Arafat (PKR)
    35 tahun
  4. N25 Canning
    Jenny Choy Tsi Jen (PKR-DAP)
    30 tahun
  5. N27 Pasir Pinji
    Howard Lee Chuan How (PKR-DAP)
    35 tahun
  6. N32 Menglembu
    Chaw Kam Foon (PKR-DAP)
    35 tahun
  7. N38 Astaka
    Teoh Yee Chern (PKR-DAP)
    28 tahun
  8. N42 Keranji
    Chong Zhemin (PKR-DAP)
    33 tahun

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker