Isu SemasaMalaysiaPolitikTempatan

Pemenang Muda, Segar Dan Bertenaga PRU-14 Selangor

Sebagai pengamal media, debaran PRU-14 nampaknya sedikit reda selepas keputusan kemenangan diisytihar Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) lewat pagi tadi, 10 Mei 2018.

Semestinya ramai yang berpandangan berbeza apabila melihatkan keputusan rakyat dalam negara demokrasi berparlimen, ada yang gembira dan tidak kurang juga sebaliknya.

Namun satu perkara yang tidak dapat disangkal ialah, PRU-14 kali ini menyaksikan banyak muka baru yang muda, segar dan bertenaga untuk berkhidmat kepada rakyat.

Oleh itu mari kenali mereka, dan dalam siri ini kita akan ke Selangor…

PAKATAN HARAPAN

Pakatan Harapan (PH) telah memenangi 19 dari keseluruhan 22 kerusi Parlimen disamping membolot 47 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 56 yang dipertandingkan.

Daripada jumlah itu, terdapat sejumlah besar pemenang muda bawah 45 tahun yang semestinya memenuhi selera rakyat terutama dari kalangan belia. Antaranya termasuklah: –

1. Juwairiya Zulkifli (DUN Bukit Melawati)

3. Chua Wei Kiat (DUN Rawang)

3. Muhammad Hilman Idham (DUN Gombak Setia)

4. Edry Faizal Eddy Yusof (DUN Dusun Tua)

5. Ean Yong Hian Wah (DUN Seri Kembangan)

6. Michelle Ng Mei Sze (DUN Subang Jaya)

7. Rajiv Rishakaran (DUN Bukit Gasing)

8. Jamaliah Jamaludin (DUN Bandar Utama)

9. Najwan Halimi (DUN Kota Anggerik)

10. Azmizam Zaman Huri (DUN Pelabuhan Kelang)

BARISAN NASIONAL

Barisan Nasional (BN) turut membuat kejutan apabila seorang calon muka baru yang muda, Rizam Ismail memenangi kerusi DUN Sungai Air Tawar.

Rizam Ismail, wakil muda BN di DUN Sungai Air Tawar

PEMENANG MUDA TONGGAK SUARA BELIA

Sebagai wakil kepada rakyat, calon muda ini semestinya komited dan bertenaga untuk membawa suara anak muda agar didengari dan disantuni di setiap peringkat.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker