AntarabangsaIsu Semasa

Menghantar Barangan Rentas Eurasia Dengan Kereta Api

Pelancaran perkhidmatan pengangkutan barangan melalui kereta api rentas Eurasia antara China dan Eropah telah diadakan oleh syarikat C.H. Robinson.

Perkhidmatan yang baru ditawarkan itu menghubungkan 9 terminal di China dengan 8 destinasi bandar di Eropah.

Kelebihan menggunakan perkhidmatan kereta api

“Laluan kereta api baharu melengkapi perkhidmatan udara dan laut yang kami tawarkan, memberi pelanggan kami pilihan yang penuh fleksibel. Berbanding laut, dua kali ganda lebih pantas/laju, dengan penjimatan yang besar berbanding udara,” kata Mike Short, presiden, Forwarding Global di C.H. Robinson.

Beliau menyatakan bahawa perkhidmatan baharu tersebut merupakan hubungan terus yang mudah ke dan dari kepesatan ekonomi bandar – bandar di negara China ke beberapa negara dan destinasi – destinasi di Eropah.

“Pembangunan strategik C.H. Robinson bagi pintu masuk di China memberikan pelanggan lebih banyak pilihan, bersama dengan perkhidmatan yang luar biasa dan harga yang kompetitif.”

C.H. Robinson menawarkan kontena kosong, pengambilan di kilang – kilang, perisytiharan kastam di tempat asal, pelepasan kastam dan pengedaran pan-Eropah yang lebih menjauh/mendalam melalui intermodal dan perkhidmatan trak di kawasan – kawasan destinasi.

Full block train, satu atau banyak kontena, penghantaran kapal LCL dan kargo yang terlebih besar adalah antara pilihan yang sedia ada.

John Chen, naib presiden, C.H. Robinson Asia Forwarding Global, menambah: “Dengan penambahan perkhidmatan kereta api rentas Eurasia kepada penawaran laut dan udara semasa kami, pelanggan akan mempunyai lebih banyak pilihan laluan dan liputan yang lebih meluas dari China ke Eropah.

One Belt One Road adalah inisiatif utama/penting bagi China. Kami berbangga kerana dapat memberikan perkhidmatan ini kepada pelanggan – pelanggan kami.”

Berapa lama untuk sampai destinasi?

Setiap kereta api pengangkut memerlukan 18 – 20 hari untuk melengkapkan perjalanan antara terminal – terminal di Zhengzhou, Suzhou, Chongqing, Chendgu, Wuhan, Yiwu, Xiamen, Shenzen dan Guangzhou di China, dengan bandar – bandar  Melaszewicze, Hamburg, Duisburg, Milan, Tilburg, Lyon dan Paris di Eropah, dan Barking di United Kingdom.

Schnell Jeng, Pengarah, produk dan perkhidmatan Asia Global Forwarding, menambah: “Di China, C.H. Robinson melantik cawangannya di Chongqing sebagai pusat tempahan nasional bagi mengoptimumkan sumber – sumber di dalam kerjasama dengan syarikat pengangkutan kereta api bagi meningkatkan tahap perkhidmatan. Perkhidmatan baru ini memperluaskan skop sumber – sumber yang C.H. Robinson mampu berikan.” – BERNAMA

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker