AntarabangsaIsu Semasa

Demi Menjaga Alam Sekitar, Jet Pejuang Norway Dibiarkan “Berkarat”

Jet pejuang F-35 buatan Amerika Syarikat (AS) merupakan aset pertahanan Norway yang paling mahal dan juga disifatkan sebagai “tulang belakang” Angkatan Tentera negara itu.

Tetapi, pesawat tempur tersebut akan menghadapi masalah besar, lebih-lebih lagi pada musim sejuk.

Untuk membersihkan landasan daripada salji yang tebal, tentera perlu menggunakan bahan kimia yang berkualiti tinggi yang tidak akan menjejaskan pesawat-pesawat tersebut.

Namun, bahan kimia tersebut akan mendatangkan kesan negatif terhadap alam sekitar.

Oleh itu, mereka terpaksa menggunakan bahan kimia lain yang dikenali sebagai Aviform L50 yang “mesra alam”, tetapi pada masa yang sama akan menyebabkan semua pesawat berkarat.

Walau bagaimanapun, tentera terpaksa akur dengan penggunaan Aviform L50 memandangkan mereka dilarang untuk memakai bahan kimia berkualiti itu demi menjaga alam sekitar.

Menurut Oslo Economics, kerosakan karat tersebut dianggarkan bernilai sebanyak AS$ 170 juta.

Memetik laporan Sputnik, Tentera Udara Norway pada asalnya mahu menggunakan urea bagi menghalang ais daripada terbentuk, namun mereka tidak menerima permit memandangkan ia akan menyebabkan kerosakan teruk ke atas alam sekitar.

Selain itu, masalah karat pesawat tempur yang disebabkan oleh Aviform L50 juga telah lama dikenal pasti, dan terdapat juga cara alternatif untuk menyelesaikannya.

Pakar-pakar dari Oslo Economics berkata, memanaskan landasan pesawat itu akan menjadi cara alternatif yang paling murah dan berkesan.

Langkah ini mampu menjimatkan bajet Kementerian Pertahanan negara itu sebanyak AS$ 69 juta dalam tempoh 30 tahun akan datang.

Tetapi, pihak kementerian merasa berat hati untuk menguatkuasakan langkah yang dicadangkan itu di atas faktor tekanan masa.

 

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close