Isu SemasaMalaysiaPolitikTempatan

Belia Malaysia Mengundi: “Lagi Seronok Dari Menonton World Cup!”

Akhirnya tibalah detik kemuncak yang ditunggu oleh seluruh rakyat Malaysia.

Hari ini, 9 Mei 2018, negara Malaysia sekali lagi melakar kanvas demokrasi dengan berlansungnya Pilihan Raya Umum ke-14.

Bagaimanakah agaknya pandangan belia-belia yang turun mengundi hari ini?

Toodia melaporkan secara lansung dari Bahagian Pilihanraya P.130 Rasah, Negeri Sembilan.

BANGGA TERLIBAT DALAM PROSES DEMOKRASI

PHAN MEI YIN, 34

“Saya gembira kerana berpeluang menjalankan tanggungjawab sebagai warganegara,” ujar Phan.

Beliau turut melahirkan rasa bangga kerana dapat terlibat dalam proses yang penting ini, dan berharap agar setiap calon yang terpilih dapat menjalankan tanggungjawab sebaiknya.

Phan Mei Yin menyatakan rasa bangga dapat terlibat dalam proses demokrasi

MACAM MENONTON WORLD CUP!

SARAVANAN ARUMURAM, 27

Belia berusia 27 tahun ini mengakui sangat teruja kerana ini merupakan pengalaman mengundi yang pertama.

“Rasa macam menonton world cup, bahkan lagi teruja sebab negara ini bukan macam liga bolasepak, tapi lebih penting lagi kerana merupakan sebuah sistem sosial yang demokratik dan berparlimen.”

Sewaktu ditanyakan tentang hasrat terhadap kepimpinan yang dipilih melalui pilihanraya, beliau memaklumkan : –

1. Agar kerajaan baru yang dipilih nanti dapat mengamalkan perkhidmatan yang cekap, efisen dan bersih.

2. Agar suara dan kepentingan kaum belia diberi keutamaan, terutama melibatkan aspek ekonomi belia seperti menurunkan harga rumah, meningkatkan kadar gaji minimum dan memberi ruang kepada belia untuk menyuarakan pandangan tanpa perlu menghadapi karenah birokrasi.

EKONOMI BELIA DIPERTINGKAT

LAI KOK SENG, 34

Lai memaklumkan beliau berbangga kerana dapat terlibat dalam proses demokrasi memilih kepimpinan negara.

“Saya kini bekerja di Singapura dalam bidang profesional, dan saya berhijrah kerana kadar gaji di sana lebih tinggi.

Jadi saya berharap agar mana-mana kerajaan yang akan terpilih untuk memimpin negara nanti dapat meningkatkan taraf ekonomi masyarakat terutama golongan belia, supaya kami dapat mencari nafkah dalam negara dengan pendapatan yang setimpal.”

Saravanan, kiri dan Lai Kok Seng (paling kanan)

PERKUKUHKAN KEDAULATAN MALAYSIA

PUAN ALYAH, 32

Toodia turut menyantuni seorang pengundi muda, Puan Alyah yang  berusia 32 tahun.

Beliau menyifatkan pilihanraya di Malaysia sebagai bukti ketelusan sistem demokrasi tanah air, dan berharap agar kerajaan yang terpilih mengemudi negara nanti akan mengutamakan beberapa perkara seperti berikut: –

1. Memastikan agar kedaulatan negara terbela daripada sebarang ancaman luar yang dikhuatiri menjejaskan keselamatan dan kedaulatan tanah air. Ini termasuklah agar pihak kerajaan yang dipilih dapat memperhalusi dan menilai semula dasar luar terutama melibatkan hubungan dengan kuasa-kuasa besar dari barat yang disyaki dikuasai oleh elemen terutamanya birokrasi dan pelobi dalaman yang berpengaruh.

2. Mengutamakan agenda dalaman yang mensejahterakan rakyat, termasuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di samping memberi ruang kepada anak muda untuk bersuara.

Puan Alyah, 32 berharap agar dasar luar kerajaan yang baru dapat diperhalusi, terutama melibatkan hubungan dengan kuasa besar dari barat

 

 

Show More

Related Articles

Back to top button