Isu SemasaPolitikTempatan

Tahukah Anda Apa Itu PACABA?

Pernahkah anda terdengar tentang PACABA? Perkataan ini mungkin akan muncul sekiranya pilihan raya akan diadakan.

Untuk pengetahuan anda, PACABA  merupakan akronim kepada Polling Agents/Ejen Mengundi (PA), Counting Agents/Ejen Pengira (CA), dan Barong Agents/Ejen Barong (BA).

PACABA terdiri daripada golongan rakyat biasa yang dilantik oleh calon-calon yang bertanding dan ditempatkan dalam Tempat Mengundi.

Mereka juga memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan proses pilihan raya berjalan dengan lancar dan tidak berlaku sebarang penyelewangan atau penipuan.

Syarat-syarat untuk menjadi anggota PACABA ketika pilihan raya:

1. Rakyat Malaysia

2. Berusia 21 tahun ke atas

3. Tidak bankrap/muflis

4. Tidak disabitkan kesalahan Mahkamah dalam tempoh 5 tahun terdahulu dan di bawah Akta Pencegahan Jenayah 1959

5. Tiada perintah di bawah Seksyen 66 (4) Akta Pertubuhan ke atasnya (calon PACABA)

 

Peranan PACABA

Ketika hari mengundi, PACABA perlu memakai pakaian yang sopan dan kemas yang tidak mempunyai logo mana-mana parti politik atau wajah calon yang bertanding.

Dalam pada itu, Ejen Tempat Mengundi terbahagi kepada tiga kumpulan ia itu PA1 (Ejen Pertama), PA2 (Ejen Kedua) dan PA3 (Ejen Ketiga).

Tugas Ejen Mengundi adalah untuk menjaga kepentingan calon dan menyemak jumlah keseluruhan undi.

Bagi Ejen Pengira (CA), tugas mereka adalah untuk menyemak dan mengesahkan pengiraan undi, simpan rekod pengiraan, dan umumkan keputusan kepada ketua PACABA atau calon.

Peranan Ejen Barung (BA) pula adalah untuk memerhatikan pengenalan pengundi selain daripada mengenal pasti sekiranya terdapat kewujudan pengundi-pengundi hantu.

Yang paling penting sekali, anggota-anggota PACABA perlu mempunyai sikap jujur dan amanah agar perjalanan dan keputusan pilihan raya adalah adil dan bersih.

Show More

Related Articles

Back to top button