Gaya HidupKecantikan

Koleksi Alat Solek Durian Sudah Tiba!

Durian adalah antara buah kegemaran rakyat Malaysia. Sekarang ni banyak makanan yang boleh didapati dalam perisa durian seperti kopi durian, cendol durian dan durian crepe.

Kini durian tidak lagi terhad kepada makanan sahaja. Dengan menggunakan daya kreatif, sebuah syarikat kecantikan Malaysia iaitu Elianto telah memperkenalkan rangkaian koleksi alat solek dari buah berduri ini.

Menurut Wanista, koleksi Durian Musang King ini telah dipasarkan sejak 20 April lagi di butik kecantikan Elianto. Antara koleksi yang mengambil inspirasi warna, kebaikan dan haruman buah durian adalah:

Durian Musang King Lip Care SPF18 – RM39.90

Pelembab bibir ini datang dalam tona merah jambu dan kuning. Ia menggunakan kebaikan semulajadi durian serta cocoa butter, minyak zaitun dan vitamin E untuk menghidrasi bibir dari kekeringan. Malah ia melindungi bibir dari sinaran uv dan pancaran matahari dengan SPF 18.

Durian Musang King Lip Colour – RM39.90

Peminat gincu bibir jenis matte pasti akan menyerlah dengan Durian King Lip Colour ini yang datang dalam warna kuning. Ia sangat berkrim, ringan, dan tidak mengeringkan bibir.

Durian Musang King Eyeshadows – RM19.90

Tonjolkan personaliti anda dengan dua pembayang mata dari koleksi ini (Cocoa dan Yellow). Kedua-dua produk ini dirumuskan untuk kelihatan matte sepanjang hari dan dapat menyingkirkan pembentukan minyak pada kelopak mata.

Durian Musang King Highlighter – RM59.90

Untuk kelihatan lebih bersinar bagai matahari, gunakan highlighter ini yang dapat menghasilkan wajah dewy and berseri. Highlighter berwarna kuning ini pasti akan membuatkan anda kelihatan ceria sepanjang hari.

Durio Bloom EDP Fragrance – RM69.90 (40ml)

Koleksi ini juga menawarkan minyak wangi yang menggabungkan haruman manis durian diadun dengan bau segar bunga freesia, bergamot dan limau gedang. Bau sensual ini mampu bertahan selama 5 jam!

Jadi kepada peminat durian di luar sana, cubalah produk-produk dari Elianto ini yang pasti akan memukau orang di sekeliling anda!

Show More

Related Articles

Back to top button