AntarabangsaIsu Semasa

Wanita Jepun Tuntut Kesaksamaan Gender Dalam Sukan Tradisi

Dalam perlawanan laga lembu “togyu”, wanita dilarang memasuki gelanggang yang disucikan secara rapi sebelum perlawanan dengan menggunakan garam dan ‘sake’ Jepun.

Penganjur perlawanan laga lembu Jepun telah membenarkan golongan wanita memasuki gelanggang ‘suci’ sukan itu dalam usaha untuk memodenkan aktiviti tradisional untuk generasi #Metoo.

Tetapi pada hari Jumaat lalu, penganjur membuang larangan itu dan membenarkan pemilik lembu wanita, Yuki Araki memimpin binatangnya ke dalam gelanggang di Yamakoshi, utara Tokyo, selepas bertarung pada hari pembukaan musim ini.

Yuki Araka dalam gelanggang laga lembu

“Kesaksamaan untuk lelaki dan wanita adalah trend zaman kini,” kata Katsushi Seki, seorang pegawai dari organisasi laga lembu Yamakoshi.

“Dengan membuka ruang untuk wanita memasuki gelanggang, kami berharap tradisi ini akan berterusan hingga ke masa depan,” kata Seki.

Tidak seperti perlawanan laga lembu di Sepanyol yang berakhir dengan matador membunuh haiwan itu, “togyu” di Jepun adalah perlawanan yang tidak berdarah di antara dua ekor lembu yang berlaga tanduk, tanpa menyakiti pihak lawan.

“Saya gembira bahawa penduduk tempatan secara terbuka mengalu-alukan wanita,” kata pemilik lembu, Yuki Araki, 44.

Dalam perkembangan lain, salah satu sukan tradisional Jepun, sumo, telah mencetuskan kemarahan awam selepas wanita, termasuk seorang jururawat, ditarik keluar dari gelanggang sumo kerana cuba membantu seorang peserta lelaki semasa kecemasan perubatan.

Hanya beberapa hari selepas kejadian itu mencetuskan kontroversi, seorang Datuk Bandar wanita di bandar Takarazuka dihalang daripada menyampaikan ucapan di dalam gelanggang sumo.

Sumo adalah sukan ekstrem Jepun yang hanya membenarkan lelaki menyertainya

Ketua-ketua Sumo kemudiannya menerima kritikan lebih lanjut selepas cuba menghalang gadis-gadis daripada mengambil bahagian dalam acara sumo kanak-kanak di wilayah Shizuoka, dengan alasan “kebimbangan keselamatan”.

Dalam cubaan untuk menghentikan kritikan awam terhadap sumo, para pegawai bermesyuarat minggu lalu, namun gagal mencapai keputusan untuk membenarkan wanita menyertai sukan itu.

Menurut NST, gelanggang sumo yang dikenali sebagai sumo dohyo, dianggap sebagai tempat suci untuk masyarakat Jepun.

Sumo berkait rapat dengan kepercayaan puak Shinto, yang menganggap wanita tidak suci secara ritual yang bermaksud mereka dihalang daripada masuk ke dalam gelanggang perlawanan itu.

Show More

Related Articles

Back to top button