Hiburan

Netflix Bakal Keluarkan Siri Animasi Fast & Furious

Netflix telah bekerjasama dengan DreamWorks Animation Television dan Universal Pictures dengan mengumumkan bahawa siri animasi berdasarkan filem popular Fast & Furious bakal dikeluarkan di platform mereka.

Maklumat terperinci tentang siri tersebut masih tidak diketahui, ini termasuk tajuk dan tarikh keluaran.

Menurut AFP, di dalam siri ini Tony Toreta ketika masih remaja mengikut jejak langkah saudaranya Dom. Kemudian dia dan rakan-rakan direkrut oleh sebuah agensi kerajaan untuk menembusi organisasi jenayah yang sedang menyamar sebagai liga perlumbaan elit.

Vin Diesal, Neal Moritz and Chris Morgan penerbit untuk francais filem tersebut bakal menjadi penerbit eksekutif di dalam siri animasi itu juga.

Melissa Cob, timbalan presiden Kids and Family di Netflix, berkata dalam satu kenyataan: “Kami tidak sabar untuk memulakan siri animasi ini yang akan memaparkan aksi, jiwa, kelucuan, dan berdaya tarik setaraf filem popular tersebut.”

Tiga filem Fast & Furious akan datang dijadualkan akan keluar pada tahun 2019, 2020 dan 2021.

Show More

Related Articles

Back to top button