MalaysiaPolitikTempatan

Jom Kenali Calon Muda PRU-14 Di Pahang & Perak

Negeri Pahang dan Perak bukan sahaja bersempadan, malah turut berkongsi lanskap politik yang hampir serupa.

Musim PRU-14 kali ini menyaksikan dua negeri yang terkenal dengan lauk lagenda “tempoyak ikan patin” itu telah dilanda fenomena pencalonan golongan belia bawah 45 tahun dari setiap parti.

Tempoyak ikan patin merupakan menu kebanggaan negeri Pahang dan Perak

Ini merupakan strategi untuk mendekatkan golongan belia kepada parti-parti politik yang bertanding, seterusnya memberikan kelebihan undi sekiranya mereka ditampilkan sebagai parti “mesra belia” dan mengutamakan kepentingan generasi muda.

BARISAN NASIONAL (BN)

Di Perak, Ketua Pemuda UMNO Negeri iaitu Khairil Shahril Mohamed memberitahu Toodia mengenai hasrat parti itu untuk mengangkat kepentingan dan kebajikan generasi muda: –

Semua parti menawarkan manifesto masing-masing, namun para belia haruslah cakna dalam menilai yang mana intan dan mana yang kaca.

BN menawarkan manifesto yang terbukti realistik dan seimbang, dan ini boleh dilihat pada rekod manifesto-manifesto lepas, di mana alhamdulillah kita berjaya tunaikan amanah kepada rakyat.

Kali ini, belia merupakan segmen yang diberikan keutamaan, di mana kita mengangkat kepentingan mereka dalam aspek kritikal seperti ekonomi, sosio-budaya dan skil (kemahiran) untuk hidup dalam era pasca moden yang mencabar ini.

Khairil Shahril Mohamed

Khairil Shahril Mohamed yang merupakan calon BN di DUN Bota turut memaklumkan Toodia bahawa terdapat beberapa calon muda lain dari pihak BN yang ditempatkan di kerusi DUN dan Parlimen seluruh negeri: –

  1. Daniel Wa Wai How (DUN Keranji)
  2. Ahmad Saidi Mohamad Daud (DUN Changkat Jering)
  3. Lee Li Kuan (DUN Pokok Assam)
  4. Low Guo Nan (DUN Bercham) –┬áKetua Pemuda MCA Ipoh Barat
  5. Yuen Chan How (DUN Tronoh)
  6. Taiping (KP Gerakan)

Di Pahang pula, Toodia dimaklumkan oleh Badan Perhubungan UMNO di sana bahawa terdapat 4 wakil belia yang dipertandingkan oleh BN dan sayap komponennya, termasuklah: –

  1. Mohd Shahar Abdullah (DUN Paya Besar) – Ketua Pemuda UMNO Negeri Pahang
  2. Mohd. Johari Hussain (DUN Tioman)
  3. Quek Tai Seong (DUN Semambu)
  4. Tee Choon Ser (DUN Teruntum)

PAKATAN HARAPAN (PH)

Di pihak Pakatan Harapan Perak pula, yang terdiri dari Democratic Action Party (DAP), Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (AMANAH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), mereka turut menyertai “perang” pilihanraya dengan mempertaruhkan “jeneral-jeneral” muda bawah 45 tahun di beberapa kerusi Parlimen dan DUN seluruh Perak.

Antaranya termasuklah: –

  1. Hasnul Zulkarnain Abd. Munaim (DUN Titi Serong)
  2. Adam Asmuni (Bagan Serai)
  3. Ahmad Saqif Ansorullah Ahmad Jihbadz Mokhlis (DUN Selinsing)
  4. Muhamad Arafat Varisai Mahamad (DUN Hulu Kinta)
  5. Jenny Choy Tsi Jen (DUN Canning)
  6. Lee Chuan How (Pasir Panji)
  7. Teoh Yee Chern (DUN Astaka)
Teoh Yee Chern (DUN Astaka)

Sementara itu di Pahang, PH turut mempertaruhkan calon-calon muda mereka di beberapa kerusi DUN dan Parlimen. Antaranya termasuklah: –

  1. Chiong Yoke Kong (DUN Tanah Rata)
  2. Chow Yu Hui (DUN Tras)
  3. Zulkifli Mohamed (DUN Beserah)
  4. Young Syefura Othman (DUN Ketari)
  5. Leong Yu Man (DUN Triang)

PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)

PAS dan komponennya di Perak dilihat bergerak seiring dengan BN dan PH yang meletakkan calon-calon muda sebagai strategi memikat hati pengundi dari kalangan belia. Antara wakil dari Dewan Pemuda PAS yang dipertandingkan di Perak, dan antara calon-calon tersebut termasuklah: –

  1. Muhammad Mujahid Mohammad Fadzil (Parlimen Lenggong)
  2. Yougan a/l Mahalingam (Parlimen Kampar)
  3. Zafarul Azhan Zan (Parlimen Pasir Salak)
  4. Mohd Zamri Ibrahim (Parlimen Lumut)
  5. Muhammad Rif’at Razman (DUN Kota Tampan)
  6. Mohd Akmal Kamarudin (DUN Selama)
Muhammad Mujahid Mohammad Fadzil

Di Pahang juga, PAS turut mempertandingkan beberapa calon muda berwibawa bagi kerusi DUN dan Parlimen negeri itu: –

  1. Yohanis Ahmad (Parlimen Jerantut)
  2. Kamal Ashaari (Parlimen Kuala Krau)
  3. M. Shaharul Nizam Abdul Haliff (Parlimen Rompin)
  4. Mohd Zakhwan Ahmad Badarddin (DUN Tahan)
  5. Hazmi Dibok (DUN Sungai Lembing)
Show More

Related Articles

Back to top button