Teknologi

GTA IV Masih Cemerlang Selepas 10 Tahun

Pada tahun 2008, Grand Theft Auto IV dikeluarkan ketika permainan dunia-terbuka (open-world) adalah sesuatu yang telah biasa dilihat. Dengan rangka kerja dunia-terbuka yang ditetapkan oleh GTA III, di mana pemain diletakkan di dalam satu dunia yang begitu luas dan semakin berkembang, Rockstar Games perlu mengatasi jangkaan dan pencabar permainan lain yang terlebih dahulu telah meletakan genre permainan itu di satu tahap yang tinggi.

Walaupun GTA IV secara keseluruhannya dan secara komersilnya berjaya, ramai peminat mendapati ianya lebih ‘berat’, lebih dekat kepada realiti, berbanding GTA San Andreas dengan jalan ceritanya yang gila-gila.

Apabila dilihat kembali kepada GTA IV dengan lebih meluas, ia lebih mahukan pemain diserap masuk ke dalam dunia dan persekitaran bandar Liberty City.

Dengan barisan watak yang lebih besar beserta dengan beberapa sistem baru untuk dipelajari sambil pemain menerokai bandar yang padat itu, pemain dapat melihat ia adalah satu dunia yang paling ‘hidup’ yang pernah ditunjukkan di dalam mana-mana permainan GTA sebelum ini.

Kini menyambut ulang tahunnya yang ke-10 pada tahun 2018, kita lihat kembali kepada produk Rockstar ini dan bagaimana pendekatannya yang lebih realistik dengan fokusnya lebih kepada membawa pemain hidup di dalam bandar yang padat itu membuka pintu kepada banyak lagi permainan dunia-terbuka selepas itu, serta  bagaimana ia menyediakan pentas kepada kejayaan terbesar Rockstar, GTA V.

No Caption Provided

Sebagai GTA pertama yang memasuki pasaran PS3 dan XBOX 360, Rockstar North memilih untuk menukar beberapa perkara apabila kembali kepada Liberty City. Dikuasai oleh Rockstar Advanced Game Engine (RAGE), yang pertama kali digunakan untuk membuat permainan Rockstar Games Presents: Table Tennis, GTA IV adalah permainan AAA pertama yang menggunakan teknologi terbaru Rockstar ini.

Selain daripada menggunakan enjin fizik Euphoria, ia menawarkan pergerakan dan animasi yang lebih terperinci, beserta rekaan dan visual yang lebih mantap.

Ini membuatkan GTA IV kelihatan dan berasa lain daripada permainan-permainan GTA sebelum ini, dengan menunjukkan butiran yang lebih terperinci kepada bentuk geografi serta objek-objek lain di seluruh bandar itu.

Meskipun ikonografi, dialog dan aksi dunia-terbuka seperti di dalam permainan GTA sebelum ini masih dapat dilihat dan dirasai, walaupun lebih ringan, jalan penceritaan GTA IV lebih tertumpu kepada pengalaman seorang pendatang bernama Niko Bellic, memberikan nafas baru kepada siri itu.

Berasal dari Timur Eropah, veteren Perang Serbia itu mahu memulakan hidup baru di Liberty City, sambil mencari orang yang mengkhinatinya dahulu.

Walaupun GTA III juga terjadi di Liberty City, namun bandar yang ditunjukan di dalam GTA IV langusng tidak serupa. Ini sekaligus meletakan pemain serta Niko Bellic ditahap yang sama, masing-masing adalah pendatang baru kepada bandar itu dan bersedia untuk meninggalkan kesan.

GTA IV turut mempunyai adegan tembak-menembak dan kejar-mengejar menggunakan kenderaan, termasuk misi rompakan Bank Three Leaf Clover, yang menjadi acuan kepada misi rompakan di dalam GTA V.

Namun ia tidak terlalu melampaui batas realiti. Sebaliknya GTA IV melepaskan banyak unsur-unsur aksi komikal dan memastikan pemain bergaul bersama watak-watak pembantu di dalam cerita Nico itu.

Di awal permainan, Roman, saudara Niko yang dilihat seperti tidak boleh diharap, memberikannya sebuah telefon bimbit, yang menjadi alat komunikasi utama di dalam dunia GTA IV. Daripada memanggil teksi, mencari duit lebih sebagai pemandu, atau menjejaki penjenayah tempatan dengan mencuri kereta polis, ia juga dapat mengeratkan hubungan Niko dengan rakan-rakannya.

Ketika pemain tidak ada misi untuk dilakukan, pemain dapat menghabiskan masa dengan melawat kelab kabaret, minum di bar, dan yang paling penting, bermain boling kerana ia adalah permainan kegemaran rakan-rakan Niko, terutamanya Roman.

Kadang-kala, mereka akan menghubungi Niko untuk melepak, ada juga yang boleh dijadikan sebagai teman romantik.

Walaupun semua ini tidak penting untuk jalan cerita, tetapi ia memberi ganjaran yang bermakna kepada pemain, seperti menjadi pengawal peribadi, atau akses kepada sumber yang lebih baik.

Sebagi contoh, Dwayne Forge, seorang bekas ketua penjenayah dan bekas banduan. Walaupun dia seorang yang ternama di dalam dunia jenayah, namun dia hidup berseorangan dan berada di ambang kemurungan. Meluangkan masa bersama Dwayne akan menggalakkan dia untuk membuka dirinya dan meceritakan tentang masa silamnya.

Menghabiskan masa bersama watak sampingan di dalam permainan itu membawa kepada saat-saat perikemanusiaan dan persahabatan, sesuatu yang tidak disangka daripada permaianan seperti GTA.

Rupa-rupanya permainan ini bukan hanya sekadar kekecohan dan jenayah semata-mata. Tidak sia-sia rasanya masa yang diluangkan diberi ganjaran hebat di dalam permainan ini.

No Caption Provided

Semakin Niko membiasakan diri hidup di Liberty City, rasa meluatnya terhadap gaya hidup warga Amerika semakin membuat-buak, berkongsi pendapat bersama rakan-rakannya mengenai siaran TV yang tidak menarik, kebergantungan mereka kepada sosial media, siaran radio yang hanya memainkan lagu lewat 2000an serta komen-komen politik, dan berita-beritanya pula menceritakan apa yang terjadi di sekitar bandar.

Walaupun tidak semuanya tepat. Banyak bahan lawak dan corak yang digunakan sudah lapuk, seperti senario stereotaip homoseksual dan perkauman yang hambar.

Sebelum GTA IV, perkara biasa yang dilakukan oleh permainan-permainan lain adalah dengan memberikan lebih banyak kandungan, lebih banyak aksi dan dunia yang lebih luas. Walaupun ada yang berjaya berbuat demikian, seperti klon-bertukar-parodi Saints Row, GTA IV lebih fokus kepada menawarkan aktiviti yang lebih banyak untuk dilakukan.

Berbeza dengan permainan GTA sebelum ini, GTA IV memberi lebih ganjaran kepada pemain kerana bermain-main dang melakukan aktiviti-aktiviti sampingan.

Tidak kiralah samada meluangkan masa bersama rakan, atau menerokai bandar untuk mencari rahsianya, terdapat banyak perancangan diletakan ke atas rekaan teras dunia ini dan bagaimana pemain mahu menghabiskan masa di dalamnya.

No Caption Provided

Ketika melihat kembali kepada Grand Theft Auto IV, ia boleh dilihat sebagai terlalu serius. Namun kudos kepada Rockstar kerana tetap dengannya, dan menunjukan kepada pemain bahawa mereka masih boleh bergembira sambil menerokai bandar itu sambil mengenali mereka yang tinggal di dalamnya.

10 tahun kemudian, Liberty City Grand Theft Auto IV masih menunjukan saat-saat terbaik dari segi penceritaan, dan memandangkan ia datang dariapda siri yang terkenal dengan adegan-adegan komikal dan keganasan, ia adalah satu pencapaian yang tersendiri.

Show More

Related Articles

Back to top button