Sukan

Arsene Wenger Ucap Selamat Tinggal kepada Emirates

Beliau tidak dapat pergi tanpa meninggalkan sedikit senyuman beserta kenyataan yang gah berkenaan visi bolasepak beliau.

Itulah Arsene Wenger, insan yang bakal meninggalkan Arsenal setelah 22 tahun.

Legenda dunia bolesepak itu ditanya pada sesi sidang media terakhirnya di Emirates, sama ada beliau mahu duduk dikalangan penyokong di Tebing Utara?

“Sudah tentu saya mahu duduk di Tebing Utara sekali lagi.” jawab Wenger

“Anda tahu apa yang bagusnya mengenai perkara ini? Saya boleh menjerit kepada pengurus yang seterusnya dari Tebing Utara!”

Image result for arsene wenger

Gelak-tawa kelihatan pada hari yang dianggap oleh Wenger sebagai “hari yang menyedihkan”. Walaupun beliau mengaku memerlukan lebih banyak masa untuk mengimbau kembali 22 tahun itu, namun beliau tidak dapat menahan dirinya daripada bercakap mengenai ideanya terhadap bolasepak.

“Cita-cita saya adalah untuk sentiasa menang dengan bergaya,” kata Wenger.

“Apabila anda adalah sebuah kelab yang besar, saya rasa anda patut ada tanggungjawab itu dan memberikan penyokong anda satu pengalaman yang istimewa.”

Itulah dia. Itulah sebabnya kenapa beliau sangat disanjung tinggi, inilah sebabnya mengapa beliau memberikan penyokong sesuatu yang boleh diraikan, dan inilah idea yang beliau pegang sehingga ke saat ini…sehinnga ke penghujungnya.

Image may contain: one or more people, stadium, crowd, american football and outdoor

Namun begitu Wenger masih percaya bahawa beliau masih boleh berjaya dikelab itu.

Mungkin ini adalah sebabnya mengapa Wenger kelihatan teragak-agak pada hari itu, dan mengapa beliau tidak dapat benar-benar menghayati sesi selamat tinggal itu.

Ia bermula apabila ditanya apakah perasaan beliau mengenai sepanjang hari tersebut.

“Di dalam kerja ini, anda belajar untuk tidak menghiraukan perasaan anda, dan anda tidak fikirkan apa yang anda rasa. Selama 20 tahun saya berfikir ‘lupakan apa yang anda rasa dan hanya fikirkan mengenai masalah yang ada.’

“Apabila ada orang bertanya apa perasaan saya: ‘Kenapa dia bertanya sedemikian? Saya tidak tahu apa yang saya rasa.’

“Saya haru belajar semula untuk menyelami perasaan saya, memandangkan sekarang saya ada banyak masa.”

Itu juga adalah perkara yang perlu beliau sesuaikan diri. Walaupun beliau tidak mahu pergi, beliau menghargai persembahan yang ditunjukan, dan untuk hari itu secara menyeluruh.

“Sekurang-kurangnya mereka berasa saya telah memberikan komitmen sepenuhnya untuk melakukan yang terbaik,” kata Wenger

Image result for arsene wenger

“Itu yang saya lihat dan begitulah saya akan menerimanya. Mereka tahu komitmen saya adalah ikhlas dan berintegriti. Jadi saya akan menerimanya sebagai satu pujian.

“Tidak ramai  yang dapat mengurus kelab besar seperti ini selama 22 tahun. Saya sentiasa beranggapan, ‘Kawan, anda sangat bernasib baik kerana dapat bekerja bersama kelab yang besar seperti ini untuk tempoh masa yang sangat lama.”

“Saya akan menghargai setiap detik saya berada di sini. Ia adalah satu permulaan baru buat saya.

“Selain itu, ia adalah hari yang sangat menyedihkan. Saya datang untuk membuat sesi bergambar, kemudian sekumpulan peguam datang berkenaan bilik sampah. Saya telah menyaksikan setiap sudut stadium ini berfungsi, daripada bilik media kepada kawasan teknikal. Ia adalah sebahagian daripada diri saya.”

Akhir sekali ditanya mengenai ideanya yang sentiasa mahu membuat orang gembira, dan adakah diri beliau sendiri gembira.

“Kadang-kala untuk membuatkan orang gembira adalah dengan membawa diri ke tempat lain.”

Ayat-ayat yang dikatakan bersama senyuman, namun jelas kelihatan ia disulami kesedihan.

“Ia adalah satu cerita yang telah tamat.”

Show More

Related Articles

Back to top button