Gaya HidupIbu dan AnakKesihatan

Melahirkan Anak Secara Semulajadi Atau Pembedahan?

Terdapat sesetengah wanita yang takut untuk melahirkan anak semulajadi dan lebih rela dibedah kerana dalam fikiran mereka ianya tidak sakit kerana dibius.

Walau bagaimanapun menurut pakar, setiap pembedahan mempunyai risikonya yang tersendiri. Walaupun anda tidak berasa sakit ketika menjalani pembedahan (disebabkan diberikan bius separa badan atau bius penuh) anda tetap akan merasakan sakitnya lebih-lebih lagi pada beberapa hari pertama selepas pembedahan.

Pembedahan Caesarean Diperkenalkan Sejak Zaman Julius Caesar?

Portal MyDoc Asia berkongsi mitos nama pembedahan ini diambil daripada Julius Caesar, bayi pertama yang dilahirkan menggunakan pembedahan Caesarean.

Walaupun kebenaran tentang fakta ini tidak dapat dipastikan, tetapi menurut portal itu pembedahan Caesarean merupakan salah satu prosedur pembedahan yang tertua dalam sejarah medikal atau sejarah manusia.

Pada zaman silam, pembedahan Caesarean digunakan sebagai pilihan terakhir untuk menyelamatkan bayi, tetapi pembedahan selalu berakhir dengan tragedi.

Hampir 100% wanita hamil meninggal dunia akibat pendarahan yang banyak. Akan tetapi, pembedahan ini sudah tidak berbahaya pada zaman ini. Pembedahan Caesarean merupakan salah satu prosedur yang paling kerap dijalankan di hospital.

Namun begitu, adakalanya apabila seseorang itu telah merancang untuk melahirkan bayinya secara semulajadi tetapi tiba-tiba harus melakukan pembedahan Caesarean juga. Perkara ini boleh terjadi apabila ibu kehabisan tenaga untuk meneran dan bayi masih belum keluar ataupun komplikasi lain seperti bayi tiada perkembangan walaupun telapun melalui proses cetusan (induce).

Kelebihan Pembedahan Caesarean

Pembedahan Caesarean sememangnya mempunyai risiko semasa dan selepas bersalin tetapi terdapat juga kelebihannya tersendiri.

Menurut portal babycentre, kelebihan pembedahan caesarean yang dirancang ialah anda boleh memilih tarikh yang bersesuaian untuk bayi dilahirkan dan walaupun anda akan rasa sakit pada bahagian perut, anda tidak akan mengalami ketidakselesaan yang diakibatkan oleh kelahiran normal. Ini termasuk:

  • Kesakitan daripada calar dan jahitan pada bahagian di antara faraj dan dubur (perineum).
  • Kebocoran air kencing, sewaktu bahagian di sekitar faraj anda sedang dalam proses penyembuhan.

Bagi jangka panjang, kelahiran melalui caesarean mungkin dapat mengurangkan risiko kecil rahim anda jatuh (prolaps). Namun, terdapat faktor-faktor lain yang turut menyumbang kepada masalah prolaps di masa akan datang. Faktor-faktor ini termasuk:

  • jenis kelahiran normal yang pernah anda alami;
  • jumlah bayi yang anda lahirkan;
  • samada ibu atau adik-beradik perempuan anda mengalami prolaps;
  • samada berat badan anda berlebihan;
  • samada anda sering sembelit.
Kelebihan Bersalin Secara Semulajadi

Sememangnya kelahiran semulajadi juga adalah kompleks dan ia bergantung kepada keupayaan diri seseorang tetapi terdapat banyak kelebihan apabila seseorang itu bersalin secara semulajadi. Menurut The Malaysian Medical Gazette, kelahiran secara semulajadi adakalanya perlu dibantu oleh doktor dengan menggunakan alat – sama ada forseps atau vacuum untuk kes-kes yang memerlukan kelahiran dipercepatkan atau perlu dibantu.

Dalam kelahiran dibantu ini, akan ada kebarangkalian koyakkan bersalin menjadi besar sehingga melibatkan lubang dubur. Jika kelahiran dibantu ini gagal mengeluarkan bayi – pembedahan caesarean akan dijalankan secara kecemasan pula.

Mengalami pendarahan yang lebih banyak pada beberapa hari pertama selepas kelahiran normal adalah lebih biasa berbanding dengan kelahiran secara pembedahan caesarean. Walau bagaimanapun, kehilangan darah adalah lebih banyak ketika pembedahan caesarean secara amnya.

Selain itu, kebaikan bersalin secara normal adalah seperti berikut :

  • Lebih senang untuk melakukan sentuhan pertama ibu dan bayi skin-to-skin sejurus sahaja selepas kelahiran dan anda boleh memulakan penyusuan susu ibu sekaligus.
  • Kadar penyembuhan dan pemulihan anda lebih cepat. Maka anda cepat kembali ke kegiatan seharian anda.
  • Jika berjaya lahir secara normal untuk kehamilan pertama, proses kelahiran untuk kehamilan berikutnya akan menjadi lebih singkat dan risiko menjadi rendah untuk anda dan bayi
Show More

Related Articles

Back to top button