AntarabangsaBudaya

Guatemala: Islam Dan Otak-Otak Yang Enak

Guatemala pernah digelar oleh akhbar The New York Times sebagai negara paling korup di benua Amerika Selatan. Namun di sebaliknya, negara itu sebenarnya bersifat mesra terhadap komuniti Islam di sana.

ISLAM DI GUATEMALA

Guatemala berjiran dengan negara-negara yang “rugged” iaitu Mexico, Belize dan El-Salvador.

Negara tropika ini – walaupun majoriti warganya beragama Kristian – namun sangat toleran dan terbuka terhadap komuniti Islam di sana. Walaupun diapit oleh negara-negara yang agak bergolak, itu tidak menjadikan Guatemala sebagai negara hos yang menindas komuniti Islam.

Sejarah Islam di sana dilakar oleh imigran tanah Arab, terutama dari Palestin. Kini dianggarkan terdapat sekitar 1,200 penganut Islam di seluruh negara itu, dan ini menjadikan mereka sebagai kelompok yang sangat kecil berbanding keseluruhan populasi Guatemala yang berjumlah 12.7 juta.

Majoriti masyarakat Islam di sana menetap di ibu negara iaitu Guatemala City, dan membina beberapa buah masjid bagi menjalankan kegiatan agama di samping berdakwah.

Sebahagian daripada komuniti Islam di Guatemala

MASJID DAN PUSAT KOMUNITI ISLAM 

Terdapat sekitar 7 buah masjid, pusat Islam dan organisasi yang memayungi komuniti Islam di Guatemala. Ini termasuklah: –

  1. Mezquita Al Dawa Islámica De Guatemala bertempat di Guatemala City
  2. Centro Cultural Islamico De Guatemala bertempat di Guatemala City
  3. Saudi Arabia Khader Center
  4. Musulmanes de Guatemala
  5. Asociacion Musulmana De Guatemala
  6. Radi Group
  7. Importadora Roma
Antara masjid indah yang terdapat di Guatemala

PENERIMAAN TERHADAP ISLAM

Islam diterima dengan baik dan terbuka di Guatemala, dan ini dapat dibuktikan melalui kehadiran Ahli Kongres Guatemala, Sergio Leonel Celis Navas ke Konvensyen Tahunan Muslim United Kingdom pada 2016. Dalam konvensyen tersebut, delegasi dari pelbagai negara membincangkan perihal keharmonian sesama kaum di negara-negara seluruh dunia termasuk Guatemala.

Sergio Leonel Celis Navas, Ahli Kongres Guatemala di Jalsa Salana UK 2016 sempena Konvensyen Muslim UK 2016

 

BAGAIMANAKAH KEHIDUPAN MUSLIM DI GUATEMALA?

  1. Mereka menjalankan perniagaan runcit
  2. Mereka menjalankan kegiatan agama di masjid
  3. Pusat komuniti Islam dijadikan pusat perkumpulan bagi tujuan kemasyarakatan
  4. Mereka menikmati makanan halal yang pelbagai jenis – dari kopi Guatemala yang pekat dengan aroma earthy sehinggalah kepada paches iaitu hidangan mirip otak-otak yang menggunakan daging halal.
Paches merupakan hidangan popular di Guatemala yang boleh disediakan menggunakan daging halal


.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker