MalaysiaPolitikTempatan

Jom Kenali Calon Muda PRU-14 di Kedah, Perlis Dan Pulau Pinang

Bahang PRU-14 kian terasa. Cuma tinggal beberapa hari sahaja lagi sebelum semboyan perang dibunyikan.

Oleh itu sebelum “peperangan” dimulakan, apa kata kita meninjau dahulu calon-calon muda di Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang. 

Tiga negeri yang terletak di utara semenanjung ini semestinya menjadi tumpuan para peminat dan pemerhati politik, kerana di sini menempatkan beberapa kerusi yang “panas”.

Dalam rencana kali ini, Toodia akan membawa pembaca merasai kehangatan beberapa kerusi di 3 negeri ini, sambil berkenalan dengan calon-calon muda setiap parti yang dilihat dapat menyejukkan sedikit bahang PRU-14 dengan agenda mereka yang segar dan inklusif.

BARISAN NASIONAL

BN di Perlis memiliki rekod kemenangan yang konsisten di seluruh parlimen negeri itu. Ini dibuktikan apabila BN hanya tewas sekali kepada PAS di kerusi Parlimen P02 Kangar pada PRU-9 (tahun 1995), dan semenjak itu parti itu menjuarai kesemua tiga buah kerusi Parlimen di sana.

Ini melayakkan Perlis dinobatkan sebagai kubu kuat BN.

Walaupun begitu, menyedari akan pengaruh generasi muda dalam mencorakkan keputusan PRU-14 kali ini, maka BN Perlis telah menampilkan dua orang calon muda bawah 45 tahun bagi mewakili suara generasi belia, seterusnya membantu BN mengekalkan status quo di negeri itu.

Calon-calon muda itu ditempatkan di kerusi DUN seperti berikut: –

  1. Hamizan Hassan (DUN Kayang)
  2. Asmiza Ahmad (DUN Cuping)

Sementara itu di Kedah pula, antara kerusi panas yang menjadi tumpuan termasuklah Parlimen Langkawi.

Kerusi ini akan menyaksikan perebutan di antara calon BN menentang mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaya (PPBM) serta calon PAS, Zubir Ahmad.

Aura Tun Mahathir yang bijak mendekati golongan muda menggunakan sayap pemuda/armada PPBM dilihat telah mendorong BN Kedah mengambil langkah proaktif mencalonkan beberapa anak muda di kerusi DUN dan Parlimen negeri itu.

Ini termasuklah: –

  1. Muhammad Nawar Ariffin (DUN Bukit Pinang)
  2. Mohamed Noor Mohamed Amin (DUN Bayu)
  3. Mahadzir Abdul Hamid (DUN Jeneri)
Dr. Mohd Nawar Ariffin, calon muda BN di DUN Bukit Pinang, Kedah

Mengulas tentang pengaruh belia dalam politik Kedah pada musim PRU kali ini, Toodia dimaklumkan oleh  Ketua Pemuda UMNO Negeri Kedah, Saiful Azizi Zainal Abidin, bahawa BN komited untuk mencurahkan segala kudrat demi kemandirian dan kejayaan anak muda di sana.

Golongan kami (belia) sewajarnya membuat penilaian yang rasional dan tidak terbuai oleh emosi akibat hasutan dan propaganda sesetengah pihak, dalam memilih pemimpin dan parti untuk mengemudi negara tercinta kita.

Umum melihat bahawa BN adalah realistik dan jelas dalam menyediakan kerangka kepimpinan melibatkan belia.

Ini dibuktikan melalui manifesto khusus (JOM atau Jaminan Orang Muda) buat anak muda, yang mengutamakan aspek ekonomi, jatidiri, sosiobudaya serta keharmonian tanah air.

Sementara itu di Pulau Pinang pula, antara kerusi panas yang menjadi perhatian termasuklah kerusi DUN Perai yang menjadi rebutan enam parti.

Perlawanan 6 penjuru itu akan menyaksikan muka baru dari BN, M. Suresh yang juga merupakan calon muda dari sayap komponen MIC, akan menentang Parti Alternatif Rakyat (PAP), Penang Front Party (PFP), PKR, Parti Rakyat Malaysia (PRM), dan Bebas.

Selain M. Suresh, BN turut mengambil langkah berani menampilkan calon baru muda-mudi di beberapa kerusi DUN dan Parlimen seluruh negeri, termasuklah: –

  1. Abu Bakar Sidekh Bin Zainul Abidin (DUN Seberang Jaya)
  2. Lee Beng Seng (Parlimen Bagan)
  3. Andy Yong Kim Seng (Parlimen Bukit Bendera)
  4. Nor Hafizah Othman (Permatang Berangan)
  5. Koo Pei Chee (DUN Batu Lancang)
  6. Ooi Zhi Yi (DUN Kebun Bunga)
  7. Loo Jieh Sheng (DUN Pulau Tikus)
  8. Lim Swee Bok (DUN Pengkalan Kota)

PAKATAN HARAPAN (PH)

PH di Perlis telah mempertaruhkan beberapa calon muda bawah 45 tahun di seluruh negeri itu: –

  1. Asrul Nizan Abdul Jalil (DUN Sena)
  2. Noor Amin Ahmad (DUN Kuala Perlis)
  3. Izizam Ibrahim (Parlimen Padang Besar)
  4. Nor Azam Karap  (DUN Kuala Perlis)
  5. Abdul Hannaan Khairy (DUN Kayang)

Hal yang sama turut berlaku di Kedah, apabila PH dilihat telah mewakilkan sekitar 8 orang calon muda bagi kerusi Parlimen dan DUN, termasuk: –

  1. Mohd. Firdaus Ahmad (DUN Kuah)
  2. Mohd. Khairizal Khazali (Parlimen Padang Terap)
  3. Mohd. Aizad Roslan (DUN Bukit Lada)
  4. Chan Ming Kai (Parlimen Alor Setar)
  5. Teh Swee Leong (DUN Kota Darul Aman)
  6. Wan Saiful Wan Jan (Parlimen Pendang)
  7. Mohd. Firdaus Jaafar (DUN Tokai)
  8. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi (Parlimen Jerai)
Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, calon PH di Parlimen Jerai

PH Pulau Pinang turut mempertaruhkan sejumlah besar calon muda berusia lingkungan 30 hingga 45 tahun. Antaranya termasuklah: –

  1. P. Kasthuriraani (Parlimen Batu Kawan)
  2. Khaliq Mehtab Mohd. Ishaq (DUN Bertam)
  3. Nurul Izzah Anwar (Parlimen Permatang Pauh)
  4. Afif Bahardin (DUN Seberang Jaya)
  5. Muhammad Faiz Fadzil (DUN Permatang Pasir)
  6. Sim Chee Keong (Parlimen Bukit Mertajam)
  7. Heng Lee Lee (DUN Berapit)
  8. Lee Khai Loon (DUN Machang Bubuk)
  9. Kasthurirani Patto (Parlimen Batu Kawan)
  10. Gooi Hsiao-Leung (DUN Bukit Tengah)

PARTI ISLAM SE MALAYSIA (PAS)

Sama seperti BN dan PH, PAS tidak ketinggalan meletakkan calon-calon muda yang berkaliber dari pelbagai latar belakang untuk bertanding di Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Di Perlis, terdapat dua wakil dari Dewan Pemuda PAS telah dicalonkan iaitu: –

  1. Mohamad Zahid Ibrahim (Parlimen Kangar)
  2. Mohd Ridzuan Hashim (DUN Guar Sanji)

Sementara itu di Kedah, fenomena meletakkan calon muda turut menular dalam parti PAS di sana. ini dapat dilihat melalui pencalonan anak-anak muda dari Dewan Pemuda PAS di beberapa kerusi Parlimen dan DUN termasuk: –

  1. Muhd Aminur Shafiq Mohd Abduh (Parlimen Alor Setar)
  2. Mohamad Ismail (Parlimen Jerai)
  3. Salim Mahmood (DUN Bukit Lada)
  4. Saiful Syazwan Shafie (DUN Sungai Tiang)
  5. Mohd Azam Abdul Samat (DUN Sungai Limau)
Muhd Aminur Shafiq Mohd Abduh, calon muda PAS yang akan bertanding di Parlimen Alor Setar

Pertempuran PRU melibatkan PAS Pulau Pinang juga menyaksikan “hero-hero” muda mereka dari Dewan Pemuda PAS ditempatkan di 5 kawasan DUN dan Parlimen di seluruh negeri itu. Mereka ialah: –

  1. Afnan Hamimi Taib Asamudden (Parlimen Permatang Pauh)
  2. Hanif Haron (DUN Telok Ayer Tawar)
  3. Ahmad Rafaei Abdul Rashid (DUN Seberang Jaya)
  4. Fawwaz Md Jan (DUN Penanti)
  5. Mohd Farhan Yusri (DUN Pantai Jerejak)

Show More

Related Articles

Back to top button