Teknologi

Gamevice: Peranti Kawalan Hebat Untuk Permainan Video Telefon Pintar

GAMEVICE ® merupakan satu inovasi dalam produk alat kawalan permainan bagi telefon pintar. Berasal dari Amerika Syarikat, ia telah dibawa masuk ke pasaran Asia Tenggara secara rasmi sejak Ogos 2017 oleh Play Disturbution Sdn Bhd.

Kini, Gamevice semakin mendapat perhatian di kalangan pengguna permainan video telefon pintar.

APLIKASI

Penyambungan alat kawalan ini dengan telefon pintar sangat mudah dilakukan dengan hanya memasang telefon pintar anda ke sambungan Gamevice dan tetapan kawalan akan dimuat turun secara automatik tanpa menggunakan Wifi.

Pengguna boleh memuat turun pelbagai aplikasi permainan video yang disyorkan Gamevice di Apple Store atau Gamevice Live App.

Antara permainan yang sesuai digunakan bersama Gamevice ialah Monster Hunter Freedom Unite for iOS, Modern Combat 5, King of Fighters, Metal Slug III, Grand Theft Auto San Andreas dan banyak lagi.

Klik di sini untuk senarai permainan di Gamevice Live App.

PENGALAMAN BERMAIN

Kami mencuba beberapa permainan yang disyorkan di dalam Gamevice Live App dan mencuba sendiri pengalaman bermain permainan video menggunakan alat ini.

Monster Hunter Freedom Unite for iOS: Pengalaman lebih selesa menggunakan Gamevice kerana permainan ini menggunakan keseluruhan skrin untuk memaparkan informasi dalam permainan. Jari tidak akan mengganggu skrin sekaligus memberikan visual penuh permainan.

Modern Combat 5: Seperti bermain menggunakan alat kawalan biasa, bagi yang sudah biasa bermain permainan FPS (First Person Shooter), penggunaan Gamevice lebih lancar dengan butang kawalan lebih tersusun.

The King of Fighters: Tidak sah bermain permainan pertarungan tanpa butang analog atau D-Pad. Dengan Gamevice, langkah pertarungan lebih mudah dilakukan dan lebih selesa.

TEKNIKAL

Berbeza dengan alat kawalan lain, ianya disambungkan menggunakan lightning connector dan tidak menggunakan Bluetooth atau WiFi. Dengan itu, anda tidak perlu mengecas alat kawalan ini untuk menggunakannya.

Reka butang peralatan ini seakan sama seperti mana-mana alat kawalan yang lain namun ia dipisahkan untuk meletakkan telefon ditengah-tengah.

Walaupun alat kawalan ini dipasang pada telefon pintar, ia masih boleh dicas kerana Gamevice turut dilengkapi port mengecas di bahagian sisi alat tersebut khas untuk lightning cable iPhone.

Walaupun model terkini iPhone seperti iPhone 8 dan iPhone X tidak mempunyai jack audio, pengguna tidak perlu bimbang kerana Gamevice memiliki jack audio-nya tersendiri sekali gus membolehkan pengguna untuk memakai headphone.

Setakat ini Gamevice model GV157 mampu menyokong telefon pintar Apple dari iPhone 6 dan ke atas; iaitu iPhone 6, 6 Plus, 6s, 6s Plus, 7, 7 Plus, 7s, 7s Plus, serta model terbaru 8, 8 Plus dan iPhone X.

Bagi model iPhone Plus, Gamevice juga mempunyai sokongan untuk memasukkan telefon yang bersaiz besar.

Ia juga boleh menyokong sambungan untuk mengawal dron seperti DJI Spark, Sphero SPRK+ Robots, dan Ryze Tello. Telefon pintar hanya perlu disambungkan kepada dron seperti biasa dan Gamevice pula akan memainkan peranan sebagai alat kawalan jauh.

KESELURUHAN

Gamevice merupakan satu alat kawalan yang sangat berbaloi untuk dimiliki oleh pengguna telefon pintar Apple yang tegar bermain permainan video mudah alih.

Sambungannya kepada telefon pintar adalah amat mudah dan penggunaan alat kawalan ini yang tidak memerlukan bateri adalah satu keistimewaan yang sangat berguna.

Ia merupakan peranti yang menerima sijil MFi (Made For iPhone) di mana produk ini mematuhi syarat produk dengan kelulusan Apple untuk diguna bersama peranti Apple.

Bagi yang berminat, Gamevice dijual pada harga RM369 dan boleh didapati di lokasi-lokasi berikut:

Pengedar rasmi Apple:

  • Machines, macstudio, Connect, [i] Store by C-Zone, Pantera dan Switch.

Outlet Gaya Hidup / Permainan Video:

  • Gamers Hideout (KL), Impulse Gaming Sunway Branch (PJ), Storming Gravity (PJ), Heavy Arms (Subang Jaya), Tiny Robot (Sabah), dan Urban Republik (Melaka).

Outlet Drones:

  • DJI Authorised Store Malaysia (PJ) dan Drones Kaki (PJ)

Bagi pengguna Android, Gamevice juga mempunyai peranti khas untuknya, namun hanya Samsung S8/S8+, S9/S9+, dan Note 8 sahaja yang menyokong alat kawalan ini.

Untuk informasi lebih lanjut mengenai produk Gamevice ini, klik di sini.

Show More

Related Articles

Back to top button